Bersertakan disini adalah lakaran papan tanda perniagaan seperti dipinta terdahulu oleh Puan Norahayu. | Bahasa yang digunakan adalah betul. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 17.01.2012 |
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) Apakah perbezaan antara "diminta" dan "dipinta"? 2) Hasil carian pada tapak web PRPM beberapa hari yang lalu nampaknya tidak lagi merangkumi bahagian Khidmat Nasihat, dan bahagian Istilah BM yang tertera adalah terhad. Adakah keadaan ini kekal atau buat sementara waktu sahaja? | Pinta sama maksud dengan minta/meminta. Di bawah kata pinta hanya ada beberapa kata terbitan seperti terpinta dan pintaan, berbanding dengan kata minta boleh menerbitkan lebih banyak kata seperti meminta, berminta, memintai, peminta dan permintaan. Oleh itu, pembentukan kata yang lebih tepat ialah diminta, iaitu bentuk pasif bagi kata kerja meminta. | Tatabahasa | 13.08.2019 |
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN | Antara contoh pantun: Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. | Lain-lain | 19.02.2010 |