Menaiktaraf dipisahkan ataupun digabung? | Ejaan yang betul ialah "menaik taraf" | Ejaan | 17.08.2022 |
Singapura dipisahkan dari/daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Persekutuan Malaysia merujuk kepada tempat atau organisasi? Jadi bagaimana penggunaan dari dan daripada? | Ayat yang betul ialah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Perkataan Persekutuan Malaysia dalam konteks ayat yang diberikan merujuk kepada “organisasi”. Untuk makluman, perkataan “dari” merupakan kata sendi yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala kata sendi “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. | Tatabahasa | 07.01.2021 |
Seperti yang sudah diketahui, perkataan "bagitahu" adalah bahasa pasar. Walau bagaimanapun, saya ingin kepastian sama ada perkataan tersebut harus dicantumkan atau dipisahkan? Adakah maknanya akan berubah jika ianya dipisahkan? Terima kasih! | Cara penulisan yang betul ialah "bagi tahu" kerana perkataan "bagi" dan "tahu" tidak boleh digabungkan menjadi satu perkataan. | Ejaan | 12.03.2020 |
Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum? | Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ. | 1. [a.cuan] 2. [sa.jian] Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Ayat majmuk yang hendak dipisahkan ialah 'Bangunan Gedung Raja Abdullah yang dibina berdekatan Sungai Klang terdiri daripada satu blok dua tingkat'. Ayat majmuk ini hendak dipisahakan kepada dua ayat tunggal. Saya tak pasti sama ada ayat majmuk itu sendiri betul atau salah. Terima kasih. | Saudara, Dua ayat tunggal tersebut adalah seperti yang berikut: i. Bangunan Gedung raja Abdullah dibina berdekatan Sungai Klang. ii. Bangunan Gedung Raja Abdullah terdiri daripada satu blok dua tingkat. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
Apakah perkataan "Ku akan" disambungkan atau dipisahkan? | Jawapan yang betul ialah "ku akan". Ejaan bagi perkataan ini hendaklah dijarakkan, melainkan perkataan "ku" diikuti kata kerja. Contohnya "kubermain". Bagaimanapun, kependekan di belakang hendaklah dieja bersambung, contoh "bersamamu". Terima kasih. | Tatabahasa | 06.09.2007 |
Adakah penulisan bagi perkataan singkatan tidak lagi perlu dipisahkan dengan tanda noktah. Contohnya Y. Bhg. ditulis YBhg. Bagaimana pula dengan singkatan perkataan yang lainnya, seperti salinan kepada ditulis s.k. atau sk? Soalan 2: Bolehkah tuan senaraikan 15 perkataan kata majmuk yang telah mantap maksudnya dan dieja satu perkataan. terima kasih. | Puan Nik, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Sehingga ke hari ini penggunaan noktah masih digunakan bagi pengejaan kata singkatan, sehinggalah ada kata putus atau arahan baharu daripada JKTBM - jawatankuasa Tetap bahasa Melayu. Perkataan yang secara mantap dieja sebagai satu perkataan adalah seperti yang berikut antarabangsa, jawatankuasa, kerjasama, kakitangan, suruhanjaya, olahraga, pesuruhjaya, warganegara, tandatangan, cenderamata, matahari, bumiputera, tanggungjawab, setiausaha | Ejaan | 28.02.2009 |
Saya ingin bertanya bagi perkataan 'keberapa', adakah 'ke' dicantumkan dengan 'berapa' atau dipisahkan? Contohnya, dalam ayat ini: "Johor negeri yang keberapa/ ke berapa?" | Ejaan yang betul ialah ke berapa dan perlu dieja dua patah perkataan. | Ejaan | 02.06.2022 |
1. Jika kata kerja disusuli aku, frasa kerja itu harus disambung atau dipisahkan? Contohnya, membelek-belekku atau membelek-belek aku? Terima kasih saya ucapkan atas perkhidmatan yang diberikan selama ini. | Saudara, Jawapannya frasa kerja itu ditulis terpisah. Walau bagaimanapun kata ganti nama singkat ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. | Tatabahasa | 28.02.2010 |