Dipohon pihak tuan untuk struktur ayat yang berikut | Pembetulan: (Nama dan alamat penerima) Tuan, PERMOHONAN PEMASANGAN ALAT PENYAMAN UDARA DI BILIK PEMULIHAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah telah menerima sumbangan alat penyaman udara daripada PIBG Sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah memerlukan khidmat nasihat dan sokongan daripada pihak tuan untuk menjalankan pemeriksaan fizikal bagi tujuan pemasangan alat tersebut. … 3. Bersama-sama dengan ini, disertakan borang Lampiran A1 dan Pelan Lantai untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya. 4. Kerjasama dan perhatian tuan berhubung dengan perkara ini saya ucapkan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, | Ejaan | 11.08.2020 |
Dipohon atau dimohon? Manafaat atau manfaat? Selenggara atau senggara? Penyenggaraan atau penyelenggaraan? | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. 2. Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. 3. Penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya boleh digunakan yang bermaksud mengurus, memelihara, melaksana, mengelola dll. | Makna | 25.07.2012 |
1. Bolehkah kata 'dimohon' digunakan? 2. Bolehkah kata 'dipohon' digunakan? 3. minta tolong berikan 2 contoh ayat yang menggunakan kata 'dimohon'. 4. yang mana satu ayat yang berikut betul; 4.1 Kerjasama tuan dipohon... atau 4.2 Kerjasama tuan dimohon... 5. diminta tunjukkan tempat atau rujukan yang lebih terperinci berkaitan kata 'dimohon dan dipohon'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut. | | Tatabahasa | 03.04.2014 |
Contoh ayat: Anggota Perbadanan dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan .......... soalan - sama ada penggunaan "dipohon" itu tepat atau tidak dan jika salah, mohon mencadangkan ayat yang tepat...TQ | Penggunaan yang tepat adalah seperti yang berikut: Anggota Perbadanan dimohon untuk menimbangkan dan meluluskan cadangan .... Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 1040 dan 1220. | Tatabahasa | 31.03.2009 |
Salam 1Malaysia, saya ingin mendapatkan pandangan DBP berhubung penggunaan perkataan dipohon atau dimohon yang lebih tepat penggunaannya. Cth: Dipohon kerjasama tuan untuk.... @ Dimohon kerjasama tuan... | Tuan Jawapan yang lebih tepat ialah dimohon atau mohon sahaja. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Dalam persuratan rasmi kerajaan apakah perkataan yang paling sesuai dan betul untuk meminta sesuatu "dipohon" atau "dimohon" dan sila jelaskan apakah maksud "dipohon" dan "dimohon | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon | Tatabahasa | 23.10.2014 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan huruf kecil dan huruf besar untuk ayat di bawah ini : 1. Tapak yang dipohon terletak di atas Lot 123 2. Tapak yang dipohon terletak di atas lot 123 Ayat 1 atau 2 yang betul ? (Lot 123 atau lot 123) | Ayat yang betul ialah Tapak yang dipohon terletak di atas Lot 123. | Tatabahasa | 08.10.2014 |
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai? | Saudara, Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk kita meminta sesuatu melalui persuratan. DIMOHON atau DIPOHON | Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 21.10.2014 |
Perbezaan penggunaan perkataan dipohon dan dimohon. | Kedua-dua perkataan tersebut terakam dalam Kamus Dewan Bahasa. Perkataan yang lebih tepat ialah dimohon yang merujuk kepada makna meminta. | Makna | 27.03.2019 |