| Salam sejahtera pihak DBP, saya mendapati beberapa soalan saya masih belum dijawab walaupun sudah hampir lebih seminggu diposkan kepada pihak dbp. Saya harap tuan lebih cepat memberi respons. | Pihak kami akan mengambil maklum berkenaan soalan yang diajukan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.10.2020 |
| Berkenaan dengan liputan berita BBK 2011: Galak Penerbitan Buku Ilmiah Dalam Bahasa Melayu (http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Galak_Penerbitan_Buku_Ilmiah_Dalam_Bahasa_Melayu.html), Berikut adalah soalan dan pendapat yang diposkan di laman Facebook DBP: "Soalan & pendapat: Adakah DBP akan menyemak semula dan mempiawaikan istilah sains, teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan ini? Saya rasa penyemakan semula adalah perlu kerana banyak istilah adalah hasil dari terjemahan harfiah dari bahasa Inggeris ('kayu ria' adalah contoh paling popular) dan langsung terkeluar dari konteks maksud sebenar. Istilah yang selari dengan konteksnya akan dapat menyumbang kepada penyampaian yang lebih berkesan dalam penulisan akademik." | Pihak kami sememangnya menyedari keperluan kepada pemiawaian dan penyelarasan istilah-istilah yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, usaha ini sedang giat dilakukan secara berperingkat mengikut perancangan yang telah disusun di dalam Perancangan Strategik Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera bagi tahun 2011 hingga 2015. Pada akhir tahun 2015, dianggarkan sebanyak 500,000 istilah akan diselaraskan dan dipiawaikan. Untuk makluman saudara (merujuk contoh yang saudara berikan), istilah bahasa Inggeris bagi perkataan 'joystick' mempunyai dua padanan istilah bahasa Melayu yang telah digubal dan ditentusahkan berdasarkan piawai penggubalan istilah DBP oleh pakar-pakar bidang yang dilantik. Kedua-dua padanan tersebut ialah: 1. Kayu ria - telah disah terima dan digunakan dalam Glosari Kejuruteraan (1994 & 2005), dan Kamus Komputer (1995).2. Kayu bedik - telah disah terima dan digunakan dalam Glosari Teknologi Maklumat Jilid 1 (2000) dan Kamus Sains dan Teknologi (2008). | Istilah | 18.10.2011 |
| Abu Aiman Jun 4th, 7:29am Bagaimana saya boleh menjadi sahabat anda supaya boleh mendapat 'update' tetkini? | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 4th, 8:46am Terima kasih kerana bersahabat dgn FB DBP. Mudah sahaja untuk mengikuti program terkini DBP. Antaranya kerap membuka FB DBP dan melayari laman sesawang www.dbp.gov.my. Melalui pembacaan yang aktif kedua-dua laman sesawang tersebut pasti anda mengetahui kegiatan terkini DBP. Sekiranya tuan berminat jemputlah hadir kegiatan kami seperti yang tertera pada poster-poster yang diposkan di dinding facebook. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri. Moga ini membantu. | Lain-lain | 04.06.2014 |