| Apakah penjodoh bilangan bagi piza (yang belum dipotong)? Saya ingin membuat ayat seperti berikut.. _________ piza dipotong kepada beberapa keping. Saya akan menggunakan penjodoh bilangan "keping" untuk piza yang sudah dipotong. Terima kasih. | Saudari, Untuk makluman, tidak kesemua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Bagi soalan yang dikemukakan memadai jika saudari menggunakan ayat seperti yang berikut. 'Piza dipotong kepada beberapa keping.' | Tatabahasa | 09.10.2012 |
| salam. apakah penjodoh bilangan bagi ayam yang dipotong. ? | Penjodoh bilangan yang sesuai bagi ayam yang sudah dipotong ialah ketul. | Istilah | 03.03.2010 |
| Persoalan tentang penukaran ayat aktif ke ayat pasif Soalan: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Jawapan: a. Timun dipotong oleh nenek Azli di atas papan pemotong b. Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. Adakah jawapan-jawapan yang diberikan betul? Sekian, terima kasih. | Ayat aktif: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Ayat pasif: Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. | Tatabahasa | 19.03.2022 |
| Apakah penjodoh bilangan bagi mahkota, keluarga dan buluh yang sudah dipotong? | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk mahkota ialah sebuah, keluarga ialah sebuah dan kepingan buluh (sekiranya dipotong berbentuk kepingan). | Istilah | 21.05.2015 |
| Salam. Boleh saya tahu penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang dipotong daripada sebuku roti? Sekeping ataupun sepotong jawapannya? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang telah dipotong daripada sebuku roti ialah “sekeping”, kerana berbentuk leper. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1058 mentakrifkan perkataan “keping” sebagai benda yang nipis, pipih atau leper. | Lain-lain | 12.07.2025 |
| Saya ada satu pertanyaan mengenai penjodoh bilangan.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk betik sekiranya betik itu dipotong.Adakah penggunaan penjodoh bilangan sepotong atau sejorong betik? terima kasih | Tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk betik yang dipotong, begantung kepada jenis potongan tersebut. | Lain-lain | 13.03.2017 |
| Tuan, saya ada pertanyaan tentang pertukaran ayat aktif kepada ayat pasif, soalannya adalah seperti berikut; 1. Ibu memotong rumput di halaman rumah. Kalau tukar ke ayat pasif, yang mana satu adalah betul? a. Rumput di halaman rumah dipotong oleh ibu. b. Rumput dipotong oleh ibu di halaman rumah. Apa berkaitan dan perbezaan soalan tersebut dengan jawapan a dan b? Sekian, terima kasih. | Yang betul ialah Rumput di halaman rumah dipotong oleh ibu. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
| Yang manakah betul? 1. (a)Kereta itu ditunda oleh kereta tunda.ATAU (b) kereta itu ditarik oleh kereta tunda. 2.(a)Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. ATAU (b)rambutnya digunting agar kelihatan kemas. | 1. Kereta itu ditunda oleh kereta tunda. Kereta itu ditarik oleh kereta tunda. Kedua-dua ayat ini betul, namun bagi mengelakkan terlalu banyak pengulangan kata, maka ayat kedua lebih lazim digunakan. 2. Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. Rambutnya digunting agar kelihatan kemas. Kedua-dua ayat ini juga betul. | Tatabahasa | 14.04.2015 |
| Buku masak, senarai bahan-bahan: 5 kacang panjang (Dipotong kecil) Penjodoh bilangan untuk kacang panjang di sini, 5 urat kacang panjang atau 5 batang kacang panjang? | Penjodoh bilangan yang betul ialah batang. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
| Assalamualaikum. Saya ingin tahu perkataan amputee iaitu orang yang dipotong bahagian anggotanya dalam Bahasa Melayu? Tkasih | Perkataan amputee dalam bahasa Melayu ialah amputasi. Terima kasih. | Makna | 31.10.2021 |