| Mohon pandangan untuk terjemahan perkataan Business Intelligence dalam konteks teknologi maklumat. Dalam penulisan tesis saya mengunakan terjemahan 'risikan bisnes'. Berikut adalah antara cotoh definisi Business Intelligence, "risikan bisnes merupakan satu set alat bersepadu, teknologi dan produk yang diprogramkan, yang digunakan untuk mengumpul, mengintegrasikan, menganalisis dan mengubah data kepada maklumat. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membolehkan pembuatan keputusan bisnes yang efektif (Yeoh & Koronios 2010)." Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan perniagaan. | Istilah | 08.10.2012 |