mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. | Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3) saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Yang manakah yang betul? 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan. 2 Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. 3 Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. Terima kasih. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan (Seharusnya: Undang-undang itu telah pun dikuatkuasakan dari pukul 8.00 pagi hingga.....) 2.Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. (Seharusnya: Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji.) 3.Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. ( Seharusnya: Pengguna yang berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya.) | Tatabahasa | 25.02.2009 |
'Zaidah tersenyum ( apabila / kerana ) dipuji oleh kawan-kawannya.' Manakah yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks dan situasi, "apabila" bermaksud "semasa/sewaktu" manakala "kerana" bermaksud "sebab". | Tatabahasa | 21.10.2009 |
Salam, Soalannya, Bakri.........malu apabila dipuji oleh gurunya. (tersenyum-senyum atau tersipu-sipu) | Tersipu-sipu. | Tatabahasa | 26.10.2010 |
Adakah ayat ini diterima...... Murid yang tersangat pandai itu sering dipuji oleh guru-gurunya. | Ayat tersebut boleh diterima. | Makna | 26.05.2013 |
Pasifkan ayat berikut. Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dalam pertandingan itu. | Anak Mak Siti dipuji oleh ibunya kerana berjaya dalam pertandinagn itu. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Wujudkah perbezaan antara kata keterangan dengan inti penerang? Adakah boleh disamakan antara adverb(Bahasa Inggeris) dengan kata keterangan/penerang? | Terdapat perbezaan antara kata keterangan adverb. Untuk memahaminya lihat fungsi setiap kelas kata dan contoh ayat yang diberikan. kata keterangan berfungsi menghubungkan keterangan pada klausa utama, contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Kata adverb ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa nama dari segi acara, masa dan tempat, contohnya: Kami selalu memperkatakan hal itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan halaman 253 dan 289. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
kerana keletihan dia tertidur di bawah pohon itu.(adakah terdapat keselahan pada kerana? bolehkah Kerana diletakkan di depan ayat?) | 'kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan, dan tidak boleh diletakkan di hadapan ayat. Untuk makluman, kata hubung pancangan keterangan atau kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Ayat yang betul ialah: Dia tertidur di bawah pohon itu kerana keletihan. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
cindai | Sdr. Ibnu Salam, CINDAI membawa maksud - 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Makna | 04.10.2010 |
Salam satu Malaysia. Saya merupakan seorang pelajar yang mengalami masalah kekeliruan. Saya ingin bertanya pihak tuan mengenai persoalan yang sering membuatkan saya terkeliru dengan pengguan kata hubung dalam sesetengah ayat. Kata hubung yang sering saya terkeliru ialah di antara perkataan 'sebab' dan 'kerana'. Selain itu, saya juga ingin bertanya mengenai penggunaan akhiran -kan dan -i. | Saudara, 'Kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan yang menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh : Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Dalam hal ini kata kerana boleh digantikan dengan 'sebab'. Dalam hal yang lain, kata 'sebab' merupakan kata nama. Contoh : Dia memberikan beberapa sebab(alasan)kenapa dia tidak dapat datang. Akhiran -kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. i. Memberikan pengertian kausatif atau menyebabkan jadi. Contoh: bukukan; wariskan; tinggikan ii. memberikan pengertian benefektif. Contoh : belikan; jahitkan; hadiahkan. Akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif dan wujud dengan awalan meN- atau di- . Contoh : kami contohi(ayat pasif); contohilah(ayat suruhan); Untuk kerengan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 09.08.2010 |