Budaya rumah terbuka harus dipupuk dalam sebuah masyarakat. Ayat ini betul?? | Ayat yang lebih tepat ialah "Budaya rumah terbuka harus diamalkan dalam sesebuah masyarakat." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
mohon untuk disemak susun ayat berikut: Program pengawasan komuniti wajar dipupuk demi keselamatan masyarakat setempat | Susun atur ayat tersebut tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.06.2016 |
Salam sejahtera Kita seyogia atau seyogianya memupuk semangat kejiranan. Seyogia maksudnya seharusnya, maka adakah seyogianya salah? Bolehkah kita guna di ayat hadapan? Contoh, Seyogianya, semangat kejiranan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. Sila tunjuk ajar. Ribuan terima kasih | Perkataan “seyogianya” boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 02.07.2024 |
Salam sejatera. Saya medapati ramai guru sering menegaskan bahawa perkataan yang indah dan klasik tidak patut digunakan dalam PMR atau SPM tetapi saya berpendapat bahawa pelajar perlu dipupuk untuk mempelajari dan mencintai bahasa melayu demi memartabatkan bahasa kebangsaan kita bukan merisaukan tanggapan pemeriksa semata-mata . Jika pelajar tidak dapat meggunakan perkataan bahasa melayu yang berkualiti dalam peperiksaan, mereka tidak dapat menggunakannya lagi selepas alam persekolahan. Rentetan daripada itu, banyak perkataan bahasa melayu tidak akan dikenali oleh rakyat kita sendiri dalam dunia yang semakin meminggirkan tradisi. Pelajar sering dimomokkan dengan tanggapan pemeriksa yang tidak gemar melihat perkataan indah atau klasik justeru menyebabkan mereka tidak ingin mempelajari perkataan baru dan berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki. Jika setiap pelajar perlu menjadikan kamus dbp sebagai rujukan utama, apa salanya jika menggunakan perkataan yang terdapat dalam kamus yang menjadi akar tunjang kepada bahasa melayu? Jika benar perkataan sedemikian tidak wajar digunakan, mengapakah perkataan ini wujud dalam kamus? Jika perkataan bombastik tidak sesuai dalam karangan peperiksaan, bilakah perkataan-perkataan ini sesuai digunakan? Tujuan saya bukan untuk berperang pena tetapi sebagai anak malaysia yang bertanggungjawab saya agak risau akan situasi ini. Saya berharap pihak dbp dapat memberi penjelasan. Sekian. Bahasa Jiwa Bangsa | Penulisan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Kekuatan kosa kata yang baru atau melankolik tidak menjamin penulisan yang baik. | Istilah | 17.08.2010 |
Slam tuan, Saya mencadangkan supaya kitab-kitab turas dalam ejaan jawi disemak semula supaya diperbetulkan ejaannya mengikut ejaan jawi semasa,ini kerana mengelirukan dan membosankan kepada pelajar yang balajar ejaan jawi baru yang membaca kitab turas. | Terima kasih atas cadangan saudara. Satu cadangan yang bagus. Tetapi sebagai seorang pelajar sepatutnya itulah proses yang perlu dilalui supaya kepakaran membaca kitab-kitab turas dipupuk. Tidak timbul soal bosan atau tidak. | Lain-lain | 09.06.2009 |
Langkah menggalakkan anak-anak ialah ibu bapa turut belajar menanamkan tabiat suka akan menabung wang merupakan suatu usaha yang baik dan wajar dilakukan demi masa depan mereka sendiri.Usaha ini patut dinanamkan dari sejak kecil lagi untuk mencerahkan masa depan kita. Bolehkah Tuan /Puan memberikan bantuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Langkah bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa itu sendiri perlu menanamkan tabiat suka menabung. Selain itu, tabiat ini patut dipupuk sejak daripada kecil lagi kerana menabung merupakan usaha yang baik dan wajar dilakukan demi masa hadapan.” Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Manakala untuk mengetahui tentang istilah dengan lebih mendalam, gunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui laman web kami, iaitu https://prpm.dbp.gov.my | Tatabahasa | 27.01.2021 |
APAKAH TANGGUNGJAWAP DAN PERANAN UNTUK MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU? BAGAIMANAKAH IBU BAPA BOLEH MEMBANTU PROSES PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN? | Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. Rasa sayang kita terhadap bahasa kebangsaan harus sentiasa dipupuk malah diterapkan dalam institusi keluarga seperti mengamalkan penggunaan bahasa yang betul (mengikut situasi) dalam kalangan keluarga, jika kita berbahasa dengan betul bermakna kita menjaga adab dan susila hidup berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, rujuk makalah yang berkaitan dalam konteks perbincangan ini. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
Apa dimaksudkan dengan dialektik budaya dan apa contoh dialektik budaya ? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): dialektik ialah kaedah menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat melalui perbincangan, perdebatan dan kajian, yang dibuat secara teratur dan dapat diterima akal. Contoh penggunaan: Epistemologi Barat bukan berdasarkan kias, sebaliknya berdasarkan dialektik. budaya pula terbahagi kepada empat makna iaitu: 1. cara hidup yang meliputi cara berfikir, kepercayaan dan adat yang diterima serta diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat: Contoh penggunaan: Kita hendaklah mengkaji budaya Melayu Islam yang sebenar. 2. keadaan atau tingkat kehidupan yang maju dari segi fizikal, mental dan rohani; peradaban; tamadun: Contoh penggunaan: Masyarakat orang asli yang terdedah kepada ilmu dan teknologi kini sudah mempunyai budaya tinggi. 3. perbuatan dan tingkah laku yang menjadi amalan sesuatu kelompok orang atau masyarakat: Contoh penggunaan: Budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin negara. 4. pelbagai jenis seni spt muzik, filem, karya sastera dan sebagainya yang dianggap penting dalam perkembangan tamadun manusia: Contoh penggunaan: Ilmu silat ialah cabang budaya seni mempertahankan diri yang dapat menanamkan sifat mulia dalam kehidupan harian. Untuk memperoleh maklumat yang terperinci bagi konsep dialektik budaya, sila ikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan sosial, kemanusiaan dan falsafah. Misalnya dalam Sosiologi, dialektik budaya dilihat dalam kajian perubahan sosial, konflik budaya dan globalisasi. | Makna | 10.12.2024 |
Maksud dan perbezaan terperinci antara mapan dan mampan. Bagaimana cara penggunaan mengikut kesesuaian | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mampan dan mapan adalah seperti yang berikut: mampan kata adjektif (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa yang panjang. Contoh penggunaan: Sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama merancang dan mengurus kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. mapan kata adjektif 1 (berkenaan teori, budaya dan sebagainya) tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum. Contoh penggunaan: Kajian ilmiah mestilah dilakukan berdasarkan kerangka kerja atau teori yang mapan. 2 (berkenaan kedudukan, ekonomi dan sebagainya) baik dan stabil. Contoh penggunaan: Perpaduan antara kaum perlu dipupuk untuk menjamin perkembangan ekonomi yang mapan. 3 (berkenaan suara, tulisan, lakonan dan sebagainya) mantap dan sukar untuk dicari kelemahannya. Contoh penggunaan: Sesebuah lagu itu mestilah menggunakan bahasa dan susunan lirik yang mapan. Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP. | Makna | 12.01.2024 |