Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? diputuskan adalah salah mengikut jawaban buku rujukan. TQ | Mereka berasa kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. | Tatabahasa | 14.02.2012 |
Adakah sudah diputuskan atau dicipta ejaan untuk HUSNUDZON (biasa dieja begini) yang bermaksud 'bersangka baik'. Terima kasih! | Tidak ada perkataan "husnudzon" dalam bahasa Melayu. Dalam teks bahasa Melayu, gunalah terjemahannya, iaitu bersangka baik. | Tatabahasa | 19.02.2021 |
Encik, Dalam ayat berikut, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan kesalahan penggunaan perkataan 'dilangsaikan'? Adakah perkataan 'diselesaikan' dan 'diputuskan' sesuai? Terima kasih. Perkara-perkara lain yang tidak dapat dilangsaikan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. | Perkara-perkara lain yang tidak dapat diputuskan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang. | Tatabahasa | 10.05.2017 |
11. Seterusnya, Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat JLAKS merupakan satu forum yang tertinggi di dalam TLDM, maka sebarang dasar perlu digubal dan diputuskan melalui forum ini. Selain daripada itu, pengerusi memaklumkan dan menetapkan keahlian JLAKS hanya melibatkan ahli yang berkhidmat di dalam perkhidmatan TLDM sahaja kerana setiap kali ianya disidangkan akan mendapat jumlah kehadiran yang maksimum daripada ahli JLAKS. Justeru, penetapan telah dibuat agar semua ahli yang terlibat perlu menghadirkan diri tanpa gagal di dalam forum ini. Dengan demikian, semua dasar yang telah digubal dan diputuskan perlu dilaksanakan serta sebarang cadangan perlu dibincangkan di dalam forum ini. | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Apakah status terkini penerbitan buku Fiqh & Perundangan Islam, wahbah al-zuhaili, terbitan DBP? Adakah telah diputuskan tidak lagi diterbitkan? Tahun terbitan berapakah telah mula terdapat Jilid 8? Apakah tahun terbitan paling terakhir untuk buku tersebut? Bilakah tarikah buku tersebut telah tidak dijual atau tidak dicetak lagi? Adakah pihak tuan/puan mempunyai stok lama atau buku terpakai yang boleh saya beli? Bagaimana saya boleh perolehi untuk bacaan buku tersebut untuk Jilid 8, saya telah mencari dan tidak ada di perpustakaan sekalipun? Bolehkah tuan/puan cadangkan mungkin ada orang perseorangan yang memiliki Jilid 8 supaya mungkin saya boleh pinjam atau beli dari beliau. Mohon maklum balas Sekian, terima kasih | Salam tuan, Penerbitan buku Fiqh & Perundangan Islam, wahbah al-zuhaili 1. (soalan 1-2) Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan. 2. Tahun terbitan bagi jilid 8 adalah pada tahun 2011. 3. Tahun terbitan terakhir adalah pada tahun 2011. 4. DBP tidak lagi dapat membekalkan buku ini kerana sudah tiada stok. 5. Walau bagaimanapun, tuan boleh mendapatkan buku ini di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Kuala Lumpur sekiranya ingin membuat rujukan. 6. Buku ini boleh diperoleh di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sebagai buku rujukan sahaja. Tuan boleh menghubungi talian 03-21479000. 7. Soalan nombor 8: Mohon maaf, kerana di luar pengetahuan kami. Sekian. | Lain-lain | 25.10.2021 |
apakah maksud fatwa? | Fatwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa. | Makna | 18.01.2013 |
ADAKAH ISU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA TELAH DITUKAR?APAKAH ALASAN PENUKARAN TERSEBUT? | Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Timbalan Perdana Menteri menyatakan rasionalnya ialah untuk tujuan perpaduan, penggunaan integriti dan bersatu hati. (Rujuk Berita Harian, SElasa 5 Jun 2007) | Lain-lain | 12.07.2007 |
Selamat malam atau selamat petang? yang mana satu betul sedangkan waktu itu malam contohnya pukul 8 malam | Penamaan tempoh masa yang diputuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah waktu petang antara pukul 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. manakala waktu malam antara pukul 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. Sementara tengah malam antara pukul 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. Ucapan yang sesuai ialah Selamat malam. | Lain-lain | 30.11.2006 |
Apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikan dideklarasikan bagi contoh ayat di bawah? Contoh ayat: a)mencatatkan dengan butiran yang jelas setiap arahan dan keputusan rasmi yang diputuskan di dalam perjumpaan rasmi berkenaan di dalam Buku Harian Rasmi atau apa-apa buku yang dideklarasikan sebagai Buku Harian Rasmi. | Cadangan padanan jawapan yang sesuai ialah dinyatakan. | Lain-lain | 22.03.2021 |
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "unpaired" sesuai diterjemahkan kepada "nyahberpasangan" atau "dinyahpasangankan"? Maksud "unpaired" ialah sambungan di antara dua telefon pintar yang telah diputuskan. Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Menurut data pangkalan DBP, istilah unpaired yang ditemui bermaksud tak berpasangan dalam istilah fizik. Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang. | Istilah | 25.11.2018 |