Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ra.ja] | دراج

Definisi : 1. sl kependekan drpd adiraja; raja ~ sl raja yg maha mulia; angkatan raja ~, panca raja ~ sl jenazah utk raja-raja; 2. hak (milik, dinaungi oleh) raja: Askar Melayu D~; titah ~ titah rasmi yg disampaikan oleh raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ra.ja] | دراج

Definisi : adiraja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ra.ja] | دراج

Definisi : 1 yg benar-benar berdarah raja; yg sah (bkn raja): Raja yg ~ raja yg benar-benar (sah). 2 gelaran kehormatan kerana sesuatu itu dinaungi (dimiliki, disukai, sesuai utk) raja: Askar Melayu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diraja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... Saya nak tanya...slogan yang mana lebih sesuai/tepat boleh digunakan: 1. Bandar Maharani, Bandar DiRaja @ 2. Maharani Bandar DiRaja Soalan kedua, ejaan mana yang betul 1. DiRaja @ 2. Diraja Sekian..terima kasihEjaan yang betul ialah Diraja. Jika melihat contoh Kuala Kangsar Bandar Diraja, maka frasa yang betul ialah Maharani Bandar Diraja. Walau bagaimanapun kami cadangkan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi memastikan penamaan yang betul bandar tersebut.Tatabahasa01.08.2012
Salam tuan, Adakah gelaran Profesor Diraja yang dianugerahkan kepada Ungku Aziz dieja "Diraja" atau "DiRaja"? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Profesor Diraja Ungku Aziz .Ejaan07.06.2013
perkataan yang betul bagi istilah Diraja untuk ayat, contohnya : Projek Diraja....... atau Projek DiRaja......?Ejaan yang betul ialah Diraja.Ejaan09.10.2003
Assalammualaikum... saya nak bertanya mana yang lebih sesuai Soalan 1 Monogram Bandar Diraja ATAU Logo Bandar Diraja SOALAN 2 : Boleh atau tidak menggunakan ayat Pemasyhuran Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja ATAU Perisytiharan / Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Sekian terima kasih

Waalaikummussalam saudari Zi,

1. Logo Bandar Diraja

2. Perisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja.

Lain-lain04.10.2012
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih.

Saudara Anuar,

i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat  organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii.  Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM.  Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA.          

Lain-lain10.08.2009
perkataan mana yang betul. Depot Pusat Kor Ordnans Diraja atau Depot Ordnans Pusat Diraja. Perkataan ini merujuk kepada sebuah pasukan/depot yang menjadi sebuah pusat yang menyimpan barang-barang tentera. perkataan diraja merujuk kepada pasukan Kor Ordnans Diraja dalam Tentera Darat, seperti Rejimen Askar Melayu Diraja. mohon nasihat dari pihak tuan. terima kasihFrasa yang betul ialah Depot Pusat Kor Ordnans Diraja.Tatabahasa15.04.2010
Mohon semakan berikut: Anugerah Pelajaran Diraja atau Anugerah Pelajaran DiRaja. Terima kasih.Salam sejahtera,

Anugerah Pelajaran Diraja
Ejaan01.11.2012
beri penjelasan penulisa yang betul contoh Kor Kesihatan Diraja atau Kor Kesihatan DiRaja dan yang mana betul mengikut dewan bahasa.Ejaan yang betul ialah Kor Kesihatan Diraja.Ejaan12.05.2011
Mengapa tidak boleh "Kuala Kangsar Bandar Diraja" ditulis sebagai "Bandar Diraja Kuala Kangsar"?D-M bermaksud (diterangkan) dan (menerangkan).Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir dahulu dan unsur menerangkan hadir kemudian. Dalam contoh ini "Kuala Kangsar (unsur inti) Bandar Diraja (unsur penerang).Tatabahasa04.07.2007
Apakah ejaan sebenar bagi penggunaan perkataan berikut? 1. Rejimen Renjer Diraja @ Rejimen Renjer DiRaja? 2. Yang DiPertua @ Yang Dipertua @ Yang di-PertuaSaudara/saudari,

1. Rejimen Renjer Diraja

2. Yang Dipertua
Ejaan22.09.2012
1234567

Kembali ke atas