Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirakam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selfi sudah dirakam dalam Kamus Dewan Perdana. Bolehkah "selfi" digunakan dalam bahasa formal berbanding "swafoto"?Kata "swafoto" ialah kata yang digubal dan dijadikan padanan bagi kata pinjaman bahasa Inggeris selfie. Kata ini diperkenalkan untuk penggunaan dalam bidang Fotografi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Maklumat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) menunjukkan terdapat penggunaan kata "selfi" dalam masyarakat pengguna bahasa Melayu. Meskipun begitu, daripada pemaparan takrif yang diberikan, pengguna disarankan menggunakan kata "swafoto" yang lebih standard dan formal. Hal ini bermakna kata "selfi' tidak disarankan dalam penggunaan bahasa rasmi/formal.

Perlu difahami, kamus merupakan perakam penggunaan sesuatu kata yang terdapat dalam bahasa masyarakat penutur bahasa tersebut pada masa terbitan kamus itu. Namun, pengguna berhak memilih kata yang sesuai dalam situasi dan konteks penggunaannya secara bijaksana.
Lain-lain05.03.2024
Adakah video bermaksud sesuatu yang dirakam menggunakan perakam video shj?jika kita membuat satu tayangan contohnya untuk tujuan menerangkan satu proses dlm subjek biologi, tetapi menggunakan software flash. Adakah itu dipanggil tayangn video juga?

Ia tidak boleh dipanggil tayangan video kerana takrifan KD4 untuk kata 'video' ialah seperti yang berikut: ]

(vidéo) 1. = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen); 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayangkan dgn menggunakan alat video;

Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb. 

Lain-lain03.09.2009
Backmasking ialah teknik rakaman di mana mesej dirakam ke belakang pada trek yang dimaksudkan untuk dimainkan ke hadapan. Backmasking adalah proses yang disengajakan, manakala mesej yang ditemui melalui pembalikan fonetik mungkin tidak disengajakan. Jadi apa istilah sesuai untuk "Backmasking"?Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

backmasking - bunyi balikan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain17.02.2022
Apakah caraa ejaan sebenar permainan kanak - kanak 'lat tali lat tali tamplung/tamplong/tamplom'? Adakah ia dirakam dalam kamus dewan?Salam sejahtera,

Tuan,

Perkataan tersebut tidak terakan dalam kamus dewan.

Sekian, terima kasih.
Ejaan07.09.2018
Adakah kosa kata "cincai" telah menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu?Perkataan cincai turut dirakam dalam kamus sebagai kosa kata bahasa Melayu, tetapi ia merupakan bahasa percakapan dan bukan bahasa standard.Lain-lain13.08.2007
Saya ingin bertnya, adakah wujud perkatan "sahan"? Jika wujud, apakah maknanya? Terima kasih.Perkataan sahan telah dirakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan tersebut bermaksud sejenis pinggan besar.Makna05.10.2019
Makna punar yang dipadankan untuk istilah etch dan kenapa ia tiada dalam kamus dewan.Istilah punar tersebut telah dirakam dalam istilah dalam bahasa Melayu. Kamus Dewan merakam perkataan umum dan perkataan yang wujud sebelum ini. Istilah-istilah yang baru akan diberi padanan dan dimasukkan dalam entri "Istilah Bahasa Melayu".Lain-lain20.09.2018
Adakah aktiviti / pertandingan mewarna boleh dikategorikan sebagai sukan?
Definisi sukan yang dirakam oleh Kamus Pelajar edisi kedua ialah segala jenis latihan gerak badan dan permainan (seperti bola sepak, beĀ­renang) yang memerlukan tenaga dan ketangkasan.

Aktiviti mewarna lebih tepat dikatakan sebagai aktiviti seni atau rekreasi berbanding sukan. Pun begitu, dalam konteks tertentu seperti pertandingan mewarna atau sebagai terapi untuk peserta, ia boleh dianggap sebagai aktiviti sokongan kepada sukan.


Lain-lain22.06.2025
Assalamualaikum, Saya ada dua soalan 1. Apakah perbezaan antara rangkai kata dengan frasa? 2. Dalam Kamus Dewan, hampir semua perkataan yang digunakan oleh masyarakat bahasa dirakam atau didokumentasikan. Jadi ada perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu yang betul atau standard dan sebaliknya. Bagaimanakah pengguna bahasa dapat mengenali atau membezakan perkataan-perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard berbanding perkataan-perkataan yang tidak sesuai digunakan berdasarkan entri dalam kamus?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Frasa bermaksud kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.

2. Untuk mengenali atau membezakan perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard dalam Kamus Dewan, saudara boleh melihat pada label  bp (bahasa percakapan) sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata berkenaan sesuai dengan konteksnya. Maknanya kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya. Saudara juga boleh merujuk Pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat,  halaman xv untuk keterangan lanjut.   

Tatabahasa09.07.2010
Apakah perbezaan Penjurian dan Perjurian dan bagaimanakah contoh pengunaan ayat tersebut.Perkataan penjurian dan perjurian berasal daripada kata menjuri dan berjuri. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata menjuri tidak wujud, kata berjuri pula dirakam dalam Kamus yang bermaksud "menggunakan khidmat juri". Walau bagaimanapun, kata menjuri atau penjurian boleh dicipta dan membawa maksud proses pemberiaan markah atau keputusan dalam sesuatu perkara. Kata perjurian pula, berdasarkan kata berjuri. Perjurian membawa makna perkara yang berkaitan khidmat juri.Makna04.10.2019
123

Kembali ke atas