| Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh DBP dari segi bidang penerbitan, kos bayaran penulisan? Ada skala tertentu dalam menentukan bayaran berkenaan? | DBP menerbitkan manuskrip yang dirancang dan yang tidak dirancang berpaksikan Dasar Penerbitan DBP. Manuskrip ini boleh diterbitkan secara konvensional (bercetak) dan elektronik bergantung pada kesesuaian. Bagi manuskrip yang dirancang, penulis akan diberi insentif penulisan sebanyak RM1,000.00 setelah manuskrip itu siap ditulis dan diluluskan untuk diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 25.11.2008 |
| Salam sejahtera, Yang manakah imbuhan yang betul, dirancang atau dirancangkan? Jika kedua-duanya betul, apakah perbezaan antara kedua-duanya? Mohon penjelasan. Terima kasih dan salam hormat. | Frasa yang betul ialah dirancang. Contoh ayat: Projek yang dirancang akan dijalankan secepat mungkin. | Tatabahasa | 06.03.2023 |
| Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "planned maintenance"? 1. Penyelenggaraan Dirancang 2. Penyelenggaraan Terancang Bidang: Kejuruteraan Apakah perbezaan dalam penggunaan bagi frasa nombor 1 dan 2? Terima kasih. | Lazimnya padanan bahasa Melayu bagi planned ialah terancang. Perkataan terancang bermaksud sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dan sebagainya yang telah ditentukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2019 |
| APAKAH PERBEZAAN PENGGUNAAN PERKATAAN BERSISTEM DAN BERSISTEMATIK. CONTOH AYAT: Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat bersistem ialah ada sistemnya, menurut sistem, sistematik. Sistematik pula ialah berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu pengetahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai sesuatu sistem. Perkataan bersistem lebih sesuai digunakan berbanding bersistematik. Perkataan bersistematik tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM. Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem, kita dapat mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
| 1. Apakah perbezaan antara status bahasa dan korpus bahasa. 2. Mengapa status bahasa dan korpus bahasa perlu dirancang serentak | Status bahasa ialah taraf atau kedudukan bahasa (B.Melayu), manakala korpus pula ialah himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). Ini disebabkan kedua-duanya saling berkaitan. Tanpa korpus bahasa, kemungkinan tidak wujud bahan untuk dijadikan kajian atau analisis sesuatu perkara.Oleh sebab iti status bahasa dan korpus bahasa perlu dirancang serentak. T.kasih. | Lain-lain | 21.07.2008 |
| i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TK | i. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
| 1.Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baru nanti. 2.Perhatian yang diberikan oleh semua anggota persatuan pada kegiatan gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan persatuan ini. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? | Berikut ayat yang telah diperbaik: 1. Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baharu nanti. 2. Perhatian yang diberikan oleh anggota persatuan dalam aktiviti gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan positif persatuan ini. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
| PENUHI KEPERLUAN PERIBADI atau PERNIAGAAN Kemakmuran hidup anda sekelurga atau perkembangan perniagaan dapat dirancang dengan baik melalui gabungan rangkaian produk-produk inovatif dari Bank Rakyat. | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 15.11.2017 |
| Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan serta pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Frasa-frasa ini akan digunakan sebagai teaser bagi fasa seterusnya dalam kempen kami. Justeru, kami amat berharap pihak DBP dapat membantu menyemak kesesuaian frasa tersebut agar selari dengan tatabahasa yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam konteks komunikasi rasmi. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Nantikannya di stesen PETRONAS. Sesuatu yang istimewa akan tiba! Nantikannya, pasti buat anda teruja! Ada kejutan istimewa menanti. Tunggu! Terimak kasih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. Hadiah menarik menanti anda di stesen PETRONAS! 2. Nantikan ... anda pasti teruja! 3. Kejutan istimewa menanti anda. Nantikan! Ayat ini betul dan boleh digunakan: Sesuatu yang istimewa akan tiba! | Tatabahasa | 04.08.2025 |
| Mohon pencerahan bagi soalan berikut " Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, kalian / kamu ikutlah jadual yang telah dirancang tadi", kata Cikgu Rody kepada murid-muridnya. adakah kedua-duanya boleh diterima atau salah satu sahaja. terima kasih | Kamu ialah kata ganti diri kedua yang biasanya digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Kalian ialah kata ganti diri kedua yang digunakan untuk merujuk kepada lebih seorang atau semua orang, biasanya dalam bahasa percakapan. Berdasarkan makna, penggunaan kata "kalian" lebih sesuai dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 08.05.2014 |