| Pelan Strategik ICT ini, dirangka agar selari dengan Pelan Strategik ICT Negeri Kedah, agar perlaksanaannya kelak saling melengkapi. Betulkah susunan ayat di atas. | Istilah ICT merupakan istilah bahasa Inggeris dan padanan istilah bagi bahasa Melayunya ialah TMK. Susunan ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Pelan Strategik TMK ini dirangka selari dengan Pelan Strategik TMK Negeri Kedah supaya pelaksanaannya kelak saling melengkapi. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
| pertanyaan saya apakah peranan DBP dan strategi yang dirangka utk memupuk minat membaca dikalangan rakyat malaysia | Salah satu fungsi DBP ialah melaksanakan kegiatan peluasan dan pemantapan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Salah satu langkah yang diambil untuk memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat ialah memperbanyakkan penerbitan buku untuk pelbagai peringkat umur. Usaha ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia setahun. | Lain-lain | 15.07.2009 |
| i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TK | i. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
| Bagi perjanjian perdagangan bebas, istilah bagi perolehan Kerajaan yang perlu dibuka dalam kalangan negara dalam perjanjian perdagangan bebas tersebut adalah çovered procurement. Istilah pada masa ini di dalam tatacara berkuat kuasa adalah perolehan tertakluk. Apa isitlah yang sesuai untuk digunakan bagi covered procurement dalam Bahasa Melayu, untuk dijadikan sebagai istilah di dalam Peraturan yang sedang dirangka bagi RUU Perolehan Kerajaan | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah covered procurement ialah perolehan tertakluk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 05.11.2025 |