Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ra.sa] | دراس

Definisi : , dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirasa

Puisi
 

Bunga apa di dalam baju,
     Bunga nanas kelopak padi;
Jangan diharap kekasih aku,
     Dirasa panas hilang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)?Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak):

1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

2.  Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna28.06.2018
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK

Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~;

Lain-lain07.08.2010
Brdasarkan pengalaman saya, kata sendi nama 'dalam' digunakan merujuk kepada unsur yang abstrak sementara 'di dalam' pula merujuk unsur yang konkrit (dapat dipegang dan dirasa). Namun, saya terkeliru dengan contoh ayat yang berikut. Dia terbaca berita itu di dalam akhbar. (salah) Dia terbaca akan berita itu di dalam akhbar (betul) Pertanyaan saya, akhbar ialah sesuatu yang konkrit (dapat dipegang) kerana itu digunakan kata sendi 'di dalam' tetapi dalam masa yang sama, akhbar tidak ada ruang. Oleh itu kenapa tidak digunakan sahaja kata sendi nama 'dalam'.Penggunaan yang betul ialah dalam akhbar.Tatabahasa30.08.2017
1. Apakah penggunaan yang tepat, 'multi-budaya' atau 'multibudaya?' 2. Sebenarnya adakah perbezaan antara merasa, terasa dan berasa? Saya melihat ramai yang menggunakan ketiga-tiga istilah tanpa penggunaan yang tepat.1. Multibudaya.
2. Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Terasa pula, dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba.
Tatabahasa03.06.2014
mohon penerangan dan contoh tentang kata nama konkrit dan penjodoh bilangan (aras murid tahun 4)Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat seperti rumah, guru dan pistol. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti sebuah rumah, seorang guru dan sepucuk pistol.Tatabahasa17.03.2014
Cikgu saya menyatakan bahawa unsur mujarad ialah unsur konkrit. Tetapi saya telah mencari maksud mujarad dan akhirnya mendapat maksud unsur abstrak. Apakah pandangan DBP?Dalam bidang pendidikan, mujarad ialah padanan abstract dalam bahasa Melayu dan mujarad juga disebut abstrak. Kami menerima pendefinisian tersebut kerana mujarad ialah perkataan Arab yang bermaksud tidak nampak atau tidak dapat dirasa dan juga bermaksud abstrak.Makna25.05.2014

Kembali ke atas