Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata direct


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" (konteksnya adalah di pejabat)? Bolehkah perkataan tersebut diterjemahkan sebagai "penyelia" dan "rakan sejawat"?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penyelia langsung dan rakan sekerja langsung.Istilah14.04.2014
direct mailermel terus/langsungLain-lain21.05.2009
Apakah terjemahan (direct translation) untuk perkataan 'breathable' yang merujuk kepada jenis kain atau fabrik yang membolehkan kulit 'bernafas'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "breathable"dalam bahasa Melayu. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah14.04.2017
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "direct competitors" sesuai diterjemahkan kepada "pesaing langsung" atau "pesaing terus"? Frasa digunakan dalam bidang undang-undang. Contoh ayat: This company is one of our direct competitors. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct competitor" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "pesaing langsung".Makna25.11.2018
adakah "direct translation", perkataan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu bermaksud 'terjemahan kulit' atau 'terjemahan bebas' ? Ataupun 'terjemahan langsung'?"Direct translation" dalam bahasa Melayu bermaksud 'terjemahan langsung'.Makna05.08.2021
Apakah terjemahan bahasa Melayu bagi 'Direct Message' yang digunakan di Instagram?Bagi konteks penggunaan Instagram, kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

direct message - mesej terus

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain02.07.2021
"Bagaimana untuk menterjemah istilah sains dan frasa di bawah: 1)induced voltage 2)magnitude 3)in direct proportion to the voltage"1. induced voltage - voltan teraruh 2. magnitude - magnitud 3. in direct proportion to the voltage - berkadaran langsung dengan voltanIstilah25.09.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah direct message (DM) dan private message (PM) yamg kerap kali digunakan dalam media sosial? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah direct message ialah mesej terus. Manakala, padanan bahasa Melayu bagi istilah private message ialah mesej peribadi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah19.07.2023
Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut; 1) Emergency break glass 2) Direct current standby battery free maintenance(Contoh : 12 volt /7AH DC standby battery (free maintenance) Salam hormat Rita1. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Emergency break glass ialah Kaca Pemecah Keselamatan.

2. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Direct current standby battery free maintenance dengan mengikut contoh yang diberikan seperti berikut: Bateri Pengganti 12 volt/7AH Arus Terus (Penyelenggaraan Percuma)
Istilah25.04.2018
Adakah tepat terjemahan saya seperti berikut:- (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri (4) Mission Participation Incentive = Galakan Penyertaan Misi Nota: Program-program di atas berkaitan import kayu-kayan dari luar ke Semenanjung Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan.(1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import
(2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung
(3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri
Kami bersetuju dengan ketiga-tiga cadangan terjemahan di atas. Cadangan terjemahan keempat dibetulkan kepada Galakan Misi Penyertaan kerana misi penyertaan membawa makna yang lebih tepat berbanding dengan penyertaan misi. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dilihat semula oleh pihak tuan.
(4) Mission Participation Incentive = Galakan Misi Penyertaan
Penyemakan dan penterjemahan08.12.2017
123

Kembali ke atas