Saya mencari terjemahan terbaik dalam untuk posisi Training Director dan Outreach Director dalam bahasa kebangsaan. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris/asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dan berikan konsep nama jawatan tersebut untuk kami semak dan berikan cadangan penambahbaikan yang bersesuaian. | Istilah | 04.09.2024 |
General Manager, director general, personal manager | pengurus besar, ketua pengarah, pengurus personel | Makna | 03.05.2007 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Independent, Non-Executive Director? | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan Independent Non-Executive Director ialah Pengarah Bukan Eksekutif Bebas | Penyemakan dan penterjemahan | 24.01.2020 |
apakah terjemahan yang tepat ke dalam bahasa malaysia bagi "a founding director " | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "founding director". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "founding father" yang padanan bahasa Melayunya ialah bapa pengasas. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengarah pengasas. | Istilah | 13.11.2013 |
Group Management Director jika diterjemah kepada istilah bahasa melayu | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "Group Management Director" ialah "Pengarah Pengurusan Kumpulan" | Istilah | 21.02.2023 |
can you please give me the reason why our company name not approval. WAH LONG ENTERPRISE SDN BHD. WAH is the first name of our director LIM SIEW WAH LONG is the first name of our second director of Teoh Swee Long. This is the name from our IC and passport. Please advise me how to do and give me the reason why you all cant approve the name? If i not get the approvel i cant get my signboard license. Thanks ... | Untuk makluman saudara,Khidmat Pengesahan Bahasa memberi pengesahan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, papan tanda dan penamaan nama khas. Bagi permohonan nama syarikat saudara seperti yang dilampirkan, kami tidak memberi pengesahan kerana hanya memaparkan nama syarikat dan tidak menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya saudara memohon pengesahan untuk iklan di bawah papan tanda syarikat, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dibuat iaitu ejaan Tel yang betul ialah Tel. (perlu letak tanda titik) dan ejaan bagi fax ialah faks. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil kelulusan. | Lain-lain | 14.08.2013 |
Unit Rekod Perubatan Pengarah Hospital | Medical Records Unit Hospital Director | Lain-lain | 29.05.2007 |
Apakah padanan yang sesuai untuk terma "sparring partner" dalam konteks bisnes/korporat? Contoh ayat: "Working with the Managing Director as sparring partner, XXXXX is also the key person behind the design and setting up of xxxxxxxxxxxxx" | Kami mencadangkan padanan “rakan kongsi” untuk "sparring partner" dalam konteks perniagaan atau korporat. | Lain-lain | 29.11.2021 |
Salam sejahtera, Tuan/Puan yang saya hormati. Saya ingin mendapatkan pendapat pihak Tuan/Puan mengenai frasa ini: Health, Safety and Security Director. Adakah tepat jika "Security" dalam nama jawatan tersebut diterjemah sebagai "Jaminan"? Terima kasih. | Kami masih dalam proses pembincangan untuk memberikan jawapan terbaik kepada pihak tuan. Kami akanmaklumkan setelah mendapat jawapan yang tepat. | Makna | 24.09.2018 |
Tuan, Adakah nama jawatan dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam artikel yang berikut perlu dicondongkan (italic)? ..........Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Director of Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur. | Nama jawatan dalam bahasa Inggeris tidak ditulis dengan huruf miring (italik) tetapi mesti diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Ayat yang betul ialah…Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan Malayan Union Services (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 21.03.2014 |