Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.rék.tif] | دريکتيف

Definisi : (diréktif) arahan yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau pihak atasan: Perdana Menteri telah memberitahu para pemberita yg beliau telah pun mengirimkan ~ kpd wakilnya di Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata direktif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum.... Bolehkah istilah seperti direktif, kolaborasi, kolaboratif, toleransi, non-direktif dan stail digunakan dalam penulisan buku akademik? Seperkara lagi, apakah istilah yang sesuai digunakan bagi perkataan bahasa inggeris instructional scaffolding? Bolehkah saya mengguna pakai perkataan perancah pengajaran? Terima kasih atas bantuan tuanSalam sejahtera,

Tuan,

1. Berdasarkan soalan tuan, hanya perkataan non-direktif sahaja yang tiada maksud dalam data kami. Jadi, tuan boleh gunakan perkataan yang disebutkan diatas selain perkataan non-direktif dalam penulisan buku akademik.

2. Bagi instructional scaffolding, padanan scaffolding dalam bidang Pendidikan ialah sokongan. Instructional pula bermaksud  pengajaran/pendidikan/arahan. Oleh itu, kami mencadangkan sokongan pengajaran. Namun, kami berpandangan Kementerian  Pendidikan sudah ada istilahnya sendiri bagi konsep tersebut. Tuan boleh rujuk pihak KPM juga.

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/ .

Sekian, terima kasih.
Makna09.07.2017

Kembali ke atas