adakah kata panggilan merupakan kata ganti nama diri ? | Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang nerujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan. | Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah: Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai Refleksi diri = Gambaran diri Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang | Lain-lain | 17.10.2015 |
Salam sejahtera, En. Sulaiman, Boleh saya tahu, apakah macam mana nak bezakan penggunaan 'diri' dan 'diri sendiri'. Jawapan encik didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Be Lan | Perkataan "diri" boleh merujuk kepada diri orang itu sendiri dan boleh merujuk diri orang lain. Contoh ayat : Silat ialah salah satu seni mempertahankan diri. Perkataan "diri sendiri" merujuk kepada diri individu. Contoh ayat: Ahmad sudah besar dan boleh menguruskan diri sendiri. | Lain-lain | 20.10.2014 |
boleh tolong berikan contoh perkataan yang tergolong dalam kata ganti nama diri merujuk gelaran dan panggilan. | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut: 1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu 3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya | Tatabahasa | 06.03.2013 |
apa maksud jati diri? sy tak jumpa dlm kamus dewan..apakah yang dimaksudkan dengan jati diri seorang guru | Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. | Makna | 16.02.2007 |
adakah perkataan "diri sendiri" ditulis seperti "diri-sendiri" atau "diri sendiri"? terima kasih. | Cara penulisan yang betul ialah diri sendiri | Ejaan | 14.09.2017 |
Saudara masih belum menjawab satu soalan saya? Apakah kata ganti nama untuk masa dan waktu? | Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 24.02.2014 |
apakah erti jati diri dan cara yang betul menggunakan istilah ini. | Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan kon | Makna | 20.05.2005 |
saya pernah bertanya berkenaan perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...dan jawapan diterima ialah kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. terima kasih atas jawapan, cuma saya agak keliru dengan penggunaan "Bercinta Dengan Diri Sendiri" kerana saya pernah difahamkan frasa tersebut bermaksud menaruh rasa cinta pada diri sendiri tetapi lebih kepada taksub dengan diri sendiri...manakala tidak bagi frasa "Mencintai Diri Sendiri"...harap Tuan dapat memberi penjelasan..Terima kasih.. | Merujuk Kamus Dewan, tidak ada perbezaan tahap 'menaruh rasa cinta' pada maksud bercinta dan mencintai. Maksud 'menaruh rasa cinta' juga berbentuk abstrak dan boleh boleh diberi pelbagai tafsiran yang berkaitan dengan makna tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
maksud perkataan "perihal diri sendiri" | Maksud perihal diri sendiri ialah keadaan diri sendiri, iaitu perkara yang memerikan, menggambarkan atau menjelaskan diri sendiri untuk mudah difahami. | Makna | 10.07.2009 |