Salam DBP. Mohon tuan cadangkan peribahasa yang sesuai utk : setiap orang mempunyai bakat/potensi sendiri Tkasih. | Peribahasa yang berkaitan dengan bakat dan potensi diri antaranya; 1. Ada bakat -bermaksud seseorang yang mempunyai keupayaan dan berkebolehan dalam sesuatu bidang seperti melukis, mengarang dan sebagainya.2. Bakat terpendam -bermaksud kebolehan atau kepandaian yang ada pada seseorang tidak diketahui sehingga bakatnya berjaya dicungkil melalui pertandingan atau sebagainya. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, disusun oleh SN Abdullah Hussain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 29.07.2021 |
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri | 1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan. 2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar. 3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu. 5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti. | Makna | 16.09.2008 |
boleh tolong berikan contoh perkataan yang tergolong dalam kata ganti nama diri merujuk gelaran dan panggilan. | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut: 1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu 3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Penjelasan lebih lanjut tentang penggunaan kata ganti diri. 1. Adakah perkataan 'mereka' boleh digunakan untuk haiwan? 2. Adakah perkataan 'ia' boleh digunakan untuk haiwan? 3. 'Mereka' atau 'Mereka semua' yang sesuai untuk digunakan dalam ayat? Terima kasih | 1. “Mereka" ialah kata ganti diri manusia, tetapi tidak digunakan kepada haiwan.1"> 2. “Ia” ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh juga merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi "ia" tidak digunakan kepada haiwan.1"> 3. “Mereka semua” boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan. Kesesuaian perkataan “mereka” dan “mereka semua” digunakan mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 29.08.2018 |
Adakah kata ganti nama diri hanya digunakan khusus untuk manusia sahaja? | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut: 1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu 3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya | Lain-lain | 09.08.2022 |
Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih. | 1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan. 2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. | Tatabahasa | 24.04.2015 |
Adakah ayat-ayat berikut berbeza maknanya, ataupun ada sebahagian daripada ayat-ayat berikut yang tidak masuk akal: (1) Saya suka saya. (2) Saya suka diri saya. (3) Saya suka diri saya sendiri. (4) Saya suka diri sendiri. (5) Saya sukakan saya. (6) Saya sukakan diri saya. (7) Saya sukakan diri saya sendiri. (8) Saya sukakan diri sendiri. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Saya suka akan saya. 2) Saya suka akan diri saya. 3) Saya suka akan diri saya sendiri. 4) Saya suka akan diri sendiri. 6) Saya menyukai diri saya. | Tatabahasa | 07.08.2022 |
1. Muridmurid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. 2. Semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. kedua-dua ayat betul atau salah? kegunaan 'melibatkan diri' dan 'terlibat diri'? | Ayat yang betul ialah "Semua murid dan guru terlibat dalam sambutan hari guru." | Tatabahasa | 02.03.2017 |
Selamat petang , Diharapkan tuan dapat menyelesaikan masalah ayat di bawah. terima kasih. Adakah ayat ini betul? 1.Cerita ini mereka sampaikan di dewan . ATAu 1. Cerita ini disampaikan oleh mereka di dewan. Mereka--kata ganti nama diri ketiga seharusnya letak di--oleh berbanding kata nama diri 1 dan 2 . | Ayat yang gramatis ialah "Cerita ini disampaikan oleh mereka di dewan" kerana bentuk di-...-kan oleh hadir di hadapan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif. | Tatabahasa | 21.05.2012 |
Yang Manakah perkataan yang betul 1) Layan Diri 2) Layanan Kaunter | Kedua-dua istilah tersebut adalah betul. Istilah layan diri diterjemahkan daripada 'self-service' manakala layanan kaunter adalah terjemahan daripada 'counter service'. | Istilah | 10.01.2007 |