Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : derik,deraka,dark,derek,derak

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diriku

Peribahasa

523

Silence is golden

Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan

Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam

As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. Silence is golden .

Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta?Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat.Tatabahasa14.02.2019
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini? Adakah apa-apa perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut?Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa22.07.2013
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini???Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa16.07.2013
Saya menhadapi kesukaran untuk menterjemah ayat ini, "Kami menilainya dari segi "health, safety, security, Environment". "Safety" dan "Security" sentiasanya dipadankan dengan "keselamatan". "Kawalan Keselamatan" boleh bermaksud "safety control" dan "security". Penyelesaian saya ialah "pengawasan", kerana "awas" boleh diasiosiasi dengan "berjaga-jaga untuk menghadapi ancaman penjenayah". Tetapi malangnya dalam kamus ia tidak bermaksud demikian. Saya sebenarnya serba salah dalam menjalani tugas sebagai penterjemah kerana banyak perkataan asing masih belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, saya rasa saya perlu melaporkan sebarang "penciptaan perkataan baru" kepada DBP untuk disemak supaya diriku tidak dituduh "mencipta perkataan tanpa hak". Saya sanggup menerima teguran jika padanan perkataan saya ini tidak tepat.Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan." Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. "Pengawasan" ialah istilah bahasa Melayu untuk monitoring. Walau bagaimanapun, sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus, tuan boleh mencadangkan istilah yang sesuai. Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapat cadangan padanan istilah yang sesuai atau istilah tersebut boleh dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa untuk dibincangkan.Istilah01.09.2012

Kembali ke atas