Dalam surat rasmi, selalunya ungkapan ini ditulis iaitu ' Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk'. Pada saya ' adalah dirujuk' salah dari segi penggunaannya. memadailah jika ditulis' ... di atas dirujuk'. Minta pandangan tuan. Terima kasih. | Encik Wong, Yang betul ialah 'perkara di atas dirujuk'. Penggunaan kata pemeri 'adalah' di hadapan kata kerja salah. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
1) Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya. 2) Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk Ayat manakah yang betul di atas? Mohon nasihat ciri-ciri ayat yang betul. Terima kasih | Puan Haslina, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Jawapan yang betul ialah Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.07.2009 |
Tatacara menulis surat rasmi. Mana yang lebih baik dan betul. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. | Kedua-duanya betul, 'Dengan hormatnya/Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk'. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Apakah panduan berkaitan format surat rasmi yang boleh dirujuk? Adakah DBP mempunyai garis panduan berkaitan penulisan surat rasmi yang standard untuk sektor awam? Bahagian/Seksyen manakah yang boleh dirujuk sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkaitan format surat rasmi? Sekian, terima kasih. | Saudara, Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 13.10.2010 |
1.Bagaimana cara menulis singakatan Yang Berbahagia ? Adakah Y.Bhg. atau YBhg. 2. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk atau Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk ( Yang mana betul) Terima kasih. | 1. Ejaan yang betul bagi kependekan 'Yang Berbahagia' ialah YBhg. 2. Ayat yang betul ialah "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk". | Tatabahasa | 21.03.2013 |
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil? | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul. 1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk. 2) Buah rambutan itu masih muda. 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Apa beza dirujuki dan dirujuk, garisi dan gariskan, tulisi dan tuliskan? Yang mana betul penggunaannya? | Penggunaan yang betul ialah dirujuk, gariskan dan tuliskan. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Perbezaan penggunaan ...i dan ...kan kerana akhiran ...kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran ...i mengandungi unsur lokatif (tempat), contoh belikan - membeli untuk orang lain, naiki - naik ke atas suatu tempat. (Rujuk Tatabahasa Dewan) | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Ayat manakah yang betul? 1.Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya. 2.Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. | Ayat yang paling tepat ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas". | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau dirujuki? | Frasa yang betul ialah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. | Tatabahasa | 13.01.2010 |
Saya ada dua soalan 1. Mana satukah antara kedua-dua ayat di bawah ini betul dan kenapa? a. Perkara di atas adalah dirujuk b. Perkara di atas dirujuk 2. Adakah sistem panggilan "puan"hanya layak bagi wanita yang telah berkahwin sahaja? Betul atau tidak jika saya mengatakan bahawa panggilan "puan" itu rasmi untuk semua wanita sama ada berkahwin mahupun tidak sementara panggilan "cik" kedudukannya sedikit rendah dari panggilan "puan" mengikut kedudukan mereka pada pandangan masyarakat. Sila tuan, beri penjelasan. Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Perkara di atas dirujuk". 2. Dalam urusan rasmi panggilan "puan" yang digunakan sama ada bagi perempuan yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Walau bagaimanapun dalam situasi tidak rasmi kita bebas menggunakan sapaan apa pun jua asalkan sopan pada pandangan masyarakat dan tidak menimbulkan rasa kurang senang pada yang disapa. | Tatabahasa | 03.03.2011 |