Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ib, bp dinas (tentera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep Disember. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semakkan penggunaan bahasa.1. JUALAN GUDANG PARKSON
2. DIS. (mesti letak titik)
Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my klik "Daftar Akaun" bagi pelanggan kali pertama. Pilih "Daftar IKlan" dan klik jenis iklan - papan premis.
Lain-lain05.12.2017
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai peribahasa harapkan pagar makan padi. Di dalam mingguan malaysia 14 dis merujuk kepada pakar bahasa A Karim A Bakar, perkataan sebenar ialah pegar (burung). Saya juga pernah mendengar slot dbp di dalam nasional fm sebelum ini. Peribahasa tidak semestinya perlu perkataan yg betul sama seperti ibarat kucing bertanduk. Mana ada kucing bertanduk. Mohon penjelasan tuan.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Lain-lain19.12.2014
Jane Gherardini MON 23:59 Salam. Saya ingin tanya berkenaan dengan permohonan bagi jawatan pegawai perancang bahasa s41 yang telah ditutup pada 13hb dis lepas. Saya telah hantar permohonan lengkap secara manual. Bila dan macam mana cara saya boleh semak status permohonan tersebut? Laman web dbp tidak ada membuat sebarang pengumuman. Ada sebarang nombor telefon atau emelCalon yang berjaya akan dihubungi oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia, DBP. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi bahagian berkenaan melalui talian 03-21479000/9001/9002.Lain-lain09.01.2017
Di halaman 1087 Kamus Dewan Edisi Keempat ada masukan -nyah- yang dikatakan awalan asing yang bermaksud buang atau hapus. Perkataan contoh yang diberikan ialah nyahcas dan nyahwarna. Mohon nyatakan bahasa sumber bagi awalan -nyah- itu. Terima kasih.Awalan "nyah-" ialah padanan bahasa Melayu untuk awalan bahasa Inggeris de- atau dis-. Contohnya, discharge menjadi nyahcas, deceleration menjadi nyahpecutan.Istilah29.12.2012

Kembali ke atas