Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. incapacity, kehilangan upaya, ketakdayaan: a ~ to move his leg muscles, kehilangan upaya utk menggerakkan otot-otot kakinya; 2. st that disables, kecacatan: severe physical disabilities, kecacatan anggota yg teruk; 3. legal disqualification, ketakupayaan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disability


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
betul atau tidak ejaan perkataan "disability" dalam bm adalah "disabiliti"? perkataan "standard" boleh digunakan dalam bmTiada padanan ejaan dalam bahasa Melayu bagi kata disability yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Manakala kata standard boleh digunakan yang bermaksud 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; Lain-lain07.10.2010
Saya ingin mengetahui apakah takrifan sebenar berkaitan bahasa Melayu hilang upaya.Hilang upaya ialah padanan bagi istilah disability dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun tidak ada maklumat lanjut atau huraian berkaitan istilah tersebut dalam pangkalan data kami.Istilah21.06.2011
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan Special Olympic. Jika ianya bercakap tentang organisasi itu sendiri, perlukah saya menterjemahnya ke bahasa melayu?Dan jika ia bercakap tentang sukan untuk orang kurang upaya apakan perkataan yang paling sesuai untuk digunakan? Soalan kedua pula, jika bahasa sumber menggunakan bahasa singkatan Intellectual Disability sebagai ID. Bolehkah saya menggunakan bahasa singkatan yang sama dalam penterjemahan saya? Terima kasih atas pertolongan tuan/puan. Yang benar, AireenJika Special Olympic ialah organisasi yang telah diwartakan, namanya dikekalkan. Namun jika merujuk sesuatu pertandingan, perkataan tersebut boleh diterjemahkan seperti Sukan Olimpik Khas. Sukan Orang Kurang Upaya ialah istilah yang betul kerana disasarkan khusus kepada kelompok tertentu. Intellectual Disability boleh diterjemahkan kepada ketidakbolehan intelek.Tatabahasa09.12.2015
Tuan/Puan, Saya ingin meminta nasihat mengenai perkataan di bawah, satu atau dua perkataan? -Maklum balas -Memudahcara -Mengenal pasti -Merekabentuk (design) -Mengambil kira -Diubahsuai Di samping itu, saya juga ingin meminta nasihata mengenai penterjemahan perkataan di bawah: - vulnerable group - response to - minimum standard - Appropriately intervenes to address social and community inequality - social work intervention - accountable - accountability - to practice - to promote social justice - to engage in human service - the concern of the community - disabling environment - grief process - insight and understanding of own value - social networking - resilience - human worth - culture, gender, race, class, ethnic, religion, disability, age and life style differences between self and others Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. maklum balas 2. memudah cara 3. mengenal pasti 4. mereka bentuk 5. mengambil kira 6. diubah suai
Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. vulnerable group - kumpulan lemah/kumpulan rentan
2. response to - gerak balas terhadap/sambutan terhadap
3. minimum standard - standard minimum
4.. social work intervention - intervensi kerja sosial
5. accountable - bertanggungjawab
6. accountability - kebertanggungjawaban
7. to practice - mengamalkan
8. to promote social justice – mempromosi keadilan sosial
9. the concern of the community – menjadi perhatian masyarakat
10. social networking - rangkaian sosial

Untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang lain, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan pilih padanan yang bersesuaian dengan konteks.

Ejaan11.09.2013

Kembali ke atas