| Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai terjemahan yang sesuai bagi istilah "enable" dan "disable" dalam konteks antara muka pengguna (UI) aplikasi digital. Contoh ayat dalam UI: "Enable notifications" "Disable location services" "Key material disabled" "Notifications are disabled" Mohon juga pengesahan sama ada istilah "dayakan" dan "nyahdayakan" diiktiraf serta sesuai dalam penggunaan Bahasa Melayu rasmi dan konteks teknologi aplikasi digital. Terima kasih atas bantuan dan penjelasan pihak DBP. | Berdasarkan penelitian dalam Kamus Dewan Perdana DBP, pihak kami tidak menemukan entri tentang nyahdayakan. Hanya entri dayakan ditemukan dalam kamus tersebut iaitu menjadikan (seseorang atau sesuatu) mempunyai tenaga atau kekuatan untuk bergerak atau melakukan kerja. Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2026 |
| saya Nusmi Doloh sedang belajar bahasa Melayu Dasar,dipusat bahasa antarabangsa,UIY.inign tanya,buku tentang bahasa Melayu diselatan Thai.Terimakasih. | Untuk makluman tuan, buku khusus mengenai bahasa Melayu di selatan Thai tiada dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan dalam bab 1 yang menerangkan perkembangan bahasa Melayu. Tuan juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mencari bahan bacaan tentang bahasa Melayu. Berikut bahan bacaan yang boleh dirujuk: | Bahasa Melayu di selatan Thai pupus? | Raja Masittah Raja Ariffin | Pelita Bahasa | 1 April 1992 | | Politik dan bahasa Melayu di Selatan Thai | Worait @ Haji Ahmad Idris | Dewan Bahasa | 1 August 2002 | | Bahasa Melayu sebagai wahana kedamaian di Selatan Thai | Phaosan Jehwae | Dewan Bahasa | 1 May 2009 | | Peranan bahasa Melayu dalam pengajaran Islam di Selatan Thai | Hasan Haji Mohammad Zen | Jurnal Dewan Bahasa | 1 July 1992 | | Lain-lain | 24.10.2013 |