| Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Umumnya,kebanyakkan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir.Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini.Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain.Perbuatan ini bertujuan menakutkan pelajar yang lebih lemah supaya mereka tidak dibuli lagi.Selain itu,terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat pelajar gangster untuk membuli pembuli tersebut.Lama-kelamaan,mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain. | Kebanyakan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir. Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini. Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain. Selain itu, terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat dengan rakan lain untuk membuli pembuli tersebut. Lama-kelamaan, mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
| Tatabahasa | 28.09.2015 |
| Dendam dalam perkara ini merujuk kepada/pada orang yang terluka akibat disakiti. | Frasa yang betul dalam ayat tersebut ialah merujuk kepada. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
| Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |