Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disalahkan

Peribahasa

Tiada tahu menari,
     dikatakan lantai jungkang-jungkit.

Bermaksud :

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dipersalahkan atau disalahkan? Mana lebih tepat.Jawapan yang tepat ialah dipersalahkan.Lain-lain27.06.2021
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita?Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat  bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum.Tatabahasa27.12.2016
Salam sejahtera, Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) mendefinisikan 'black sheep' hanya sebagai noun, figurative, 'kambing hitam'. Istilah 'black sheep' dalam Kamus Istilah Malaysia mempunyai istilah sasar sebagai 'kambing hitam' dan huraian 'Seseorang yang tidak disenangi dan sering disalahkan apabila berlaku sesuatu perkara, di dalam satu kumpulan.'. Kamus Istilah Malaysia memberikan istilah sasar 'mangsa lempar salah'/'mangsa lempar-tuduh'/'kambing hitam'. Adakah ini bermaksud KIMD dan Kamus Istilah menganggap istilah BI 'black sheep' dan 'scapegoat' mempunyai maksud yang sama? Ini kerana kedua-dua istilah ini (yang mempunyai definisi berbeza dalam BI) diberikan erti 'kambing hitam' dalam KIMD dan Kamus Istilah. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan berkenaan padanan dan huraian istilah 'Black sheep' dan 'Scape goat'. Pihak kami akan menyemak semula perkara ini untuk dibetulkan.Makna09.03.2010
Selamat sejahtera tuan. Mudah-mudahan tuan berbahagia setiap hari. Pinta jasa baik dan kudrat bahasa tuan dalam penyelesaian soal saya ini. Soal yang saya muatkan dalam WordPad ini terlalu ketara ditemui dan jika salah, perlu dipinda belum membudaya sehingga rumus yang betul disalahkan, rumus yang salah dibetulkan.Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. Tatabahasa15.10.2016
Salam bahagia, saya telah berinisiatif untuk mencari entri 'banyak' dalam Kamus Dewan atas talian DBP untuk mengenal pasti golongan/kelas kata dan maknanya tetapi tidak saya temukan. Kata 'banyak' kerap digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Malangnya pada pengamatan saya, kata ini acap kali disalahkan kerana jahil akan golongan kata, makna dan penggunaannya. Untuk meleraikan kemusykilan bahasa ini demi kemaslahatan orang ramai, besarlah harapan pihak tuan/puan memberikan penjelasan dari segi morfologi dan semantik. Bahasa Jiwa Bangsa. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Berdasarkan carian kami,  entri "banyak" terdapat pada halaman 9 Kamus Dewan di PRPM.Tatabahasa20.12.2016
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 1. Apakah itu KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF? . Saya harap saudara dapat memberikan penerangan dalam bahasa yag mudah difahami untuk saya terangkan kepada anak saya yang berada didalam darjah dua. 2. Bagaimanakah cara penggunaannya? 3. Contoh - contoh soalan yang membuatkan anak saya menangis kerana disalahkan oleh guru. GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. Terimakasih.

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Tanpa objek ayat tersebut taklengkap maksudnya (menjadi ayat tergantung). Contoh: Ali menyepak bola. (menyepak merupakan Kata Kerja Transitif, jika ayatnya, Ali menyepak - ayat tak sempurna). Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Contoh; Adik saya masih tidur. (tidur merupakan Kata Kerja Tak transitif)

GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran.  ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola. iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. - ayat ini lengkap jika "Mereka berbincang" - tentang pelajaran bukanlah objek tetapi keteerangan tentang cerita, begitulah juga dengan ayat-ayat seterusnya.

Tatabahasa23.07.2008

Kembali ke atas