Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disambut

Peribahasa

171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1: ...ialah antara aktiviti yang dapat menarik perhatian remaja. Adakah "ialah antara..." betul? Bukankah ialah hanya disambut oleh kata nama? "antara" ialah kata hubung. Soalan 2: Mana satu betul? Apakah sebabnya? Bagaimanakah penggunaannya? 1. ...disambut oleh... 2. ...disambut dengan...1. Penggunaan yang gramatis ialah padanan "Antara...termasuklah"
2. (a) ...disambut oleh... - diikuti oleh orang.
    (b) ...disambut dengan... -  diikuti selain daripada orang, contohnya perasaan dan suasana.
Tatabahasa08.02.2015
Mereka disambut oleh siapa dengan tangan terbuka? Ayat ini betul? Kedudukan kata tanya salah?

Ayat yang sesuai digunakan ialah “Siapakah yang menyambut kedatangan mereka?”

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575.
Tatabahasa17.09.2024
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih.

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.  Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut.

Tatabahasa19.01.2010
Pesta Menuai disambut oleh kaum Kadazan-Dusun. Adakah betul ejaan perkataan Kadazan-Dusun tersebut?Menurut data kami ejaan yang betul ialah Kadazan DusunEjaan19.05.2020
Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah. dipasifkan menjadi Kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah saya. tau Kedatangan biras ayah dari Sabah disambut olehnya'Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah' dipasifkan menjadi 'Kedatangan biras ayah yang baru tiba dari Sabah disambut olehnya'Tatabahasa09.03.2011
Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan A. besar-besaran B. gilang -gemilangSambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan besar-besaran.Tatabahasa12.07.2011
Imbuhan me-i dan me-kanRujuk Tatabahasa Dewan - me-i disambut dgn. objek bernyawa. - me-kan disambut dgn. objek tak bernyawa.Tatabahasa24.02.2009
Salam sejahtera, saya ingin tanya penggunaan 'tanggal' dalam ayat di bawah betul tak. Hari Kebangsaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Adakah 'tanggal' tak diperlukan dalam ayat tersebut. Salah ke 'pada tanggal 31Ogos'? Terima kasih.Ayat yang gramatis "Hari Kebangsaan negara kita disambut pada 31 Ogos setiap tahun". Penggunaan kata tanggal seperti dalam frasa "pada tanggal 31 Ogos" telah mantap penggunaannya dalam wacana lama, namun ayat ini boleh dikemaskan lagi dengan bentuk yang gramatis.Tatabahasa22.07.2016
1. Para tetamu disambut oleh kami sekeluarga atau para tetamu kami sekeluarga sambut? 2. Kuda tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik atau kuda tidak pernah saya dan adik tunggang? 3. perkara-perkara lain atau perkara lain atau kedua-duanya boleh diterima? 4. sedikit banyak atau sedikit sebanyak atau kedua-duanya boleh diterima?1. Ayat yang betul ialah para tetamu kami sekeluarga sambut. 
2. Ayat yang betul ialah kuda tidak pernah saya dan adik tunggang.
3. Perkara-perkara lain dan perkara lain, kedua-duanya betul.
4. Sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya betul.
Tatabahasa17.08.2020
Bilakah kata yang disambut oleh perkataan "maha" perlu ditulis serangkai? Contoh: mahasiswa (betul) maha siswa (salah) Mengapakah "maha siswa" salah? Terdapat hukumnya? Contoh: mahasuci (salah) maha suci (betul) Mengapakah "mahasuci" pula yang salah?Perkataan "maha" bermaksud "yang teramat", "sangat" ,"amat" , "berkuasa", "hebat", "agung" dan lain-lain. "Maha" apabila digabungkan dengan kata nama am, hendaklah dieja dengan satu perkataan. Contoh mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya, dan lan-lain. Bagi kata nama khas, contohnya sifat Allah, hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya Allah Yang Maha Suci, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Penyayang dan lain-lain.Tatabahasa12.05.2015
1234

Kembali ke atas