Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. ......, saya mencuba sedaya upaya untuk bertenang. * mana satu jawapan yang paling tepat. A) oleh itu B) justeru Diharap bagi penerangan untul jawapan. Sekian terima kasih. | Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. Oleh itu, saya mencuba sedaya upaya untuk bertenang. Justeru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 04.09.2015 |
Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? tk | Ayat tersebut tidak mempunyai kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |