Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disangka

Puisi
 

Anak kunci dikait anak,
     Di bawah pokok pohon kelapa;
Kecil jangan disangka anak,
     Besar jangan disangka bapa.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Belalang disangka elang.

Bermaksud :

Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannyaPeribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum.Makna16.07.2008
Salam sejahteraan.1.Saya nak tanya tentang peribahasa air tenang jangan disangka tiada buaya,bolehkah saya gunakannya untuk menjelaskan sesuatu situasi yang nampaknya selamat tetapi sebenarnya tidak?2.peribahasa tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas bermaksud adat yg tidak berubah,bolehkan saya gunakannya untuk menunjukkan keyakinan ,matlamat atau perkara lain yang tidak berubah walaupun mengalami cabaran? terima kasihSalam,

Berpandukan kepada makna kedua-dua peribahasa yang diberikan di bawah, tuan/puan boleh melihat kesesuaian peribahasa tersebut dengan situasi yang hendak disampaikan atau yang berlaku. 

1. Peribahasa
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya.
Takrif:
Orang yang diam jangan disangka pengecut.

2. Peribahasa
Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas.
Takrif:
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Lain-lain13.10.2016
WANG RINGGIT MALAYSIA RM10 DISANGKA PALSU NO SIRI QN3868229 SAYA INGIN PULANG RM10 ASLI KE BANK NEGARA MALAYSIA KERANA SAYANGKAN NEGARA DEMI KEDAULATAN NEGARA ISLAM MUSLIM SELURUH SUN IS.Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas.Lain-lain10.12.2015
maksud banjir kilat mengikut kamus DBPMaknanya ialah banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna22.08.2009
MAKSUB PERKATAAN 'TIBA-TIBA' DALAM KAMUS DEWANMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiba-tiba bermaksud dengan tidak disangka-sangka, dengan mendadak dan sekonyong-konyong.Makna05.01.2007
Adalah dengan rendah hati kami memohon jasa baik dan khidmat nasihat daripada pihak Tuan untuk memberikan maklumat bagi maksud peribahasa atau kiasan berikut:- "Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.".
Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (halaman 164), ada peribahasa yang berbunyi Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung yang bermaksud, keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya, manakala Disergah biawak digadai reban merupakan kiasan yang harus ditafsirkan berdasarkan maksud penulis atau penuturnya.
 
Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema.
Sastera17.02.2025
Adakah pandu cermat, jiwa selamat merupakan peribahasa?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah. Contohnya, "Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya". Oleh itu, berdasarkan pertanyaan saudara, frasa "Pandu Cermat, Jiwa Selamat" bukan dikategorikan sebagai peribahasa tetapi dikategorikan sebagai slogan atau cogan kata.Lain-lain25.08.2020
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamatAntara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum.Lain-lain27.11.2007
Apakah perbezaan sangka/sangkaan dan jangka/jangkaan?
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka maksud "sangka" ialah pendapat atau kesimpulan yang dibuat berdasarkan tekaan atau agakan terhadap sesuatu perkara atau perasaan syak atau curiga pada seseorang. Kata "sangkaan" pula bermaksud apa-apa yang disangka atau perasaan syak atau curiga terhadap sesorang.  Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Pada sangkanya, dia sangat bergembira, tetapi rupanya tidak.
2. Setelah melihat kemewahan hidupnya, timbul rasa sangkaku terhadapnya.
3. Sangkaan mereka ada musuh yang datang menyerang tempat itu. 
4. Teman-temannya menaruh sangkaan kepadanya. 

Manakala "jangka" pula bermaksud  tempoh masa yang telah ditetapkan panjangnya atau tempoh masa bagi sesuatu usaha, rancangan dan sebagainya. Kata "jangkaan" pula bermaksud sesuatu yang dijangka atau sesuatu yang diharapkan berlaku. Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Kuala Terengganu bertukar wajah dalam jangka lima tahun.
2. Jangkaan perbelanjaan bagi projek tersebut ialah RM25,000.00.
3. Cabaran besar bagi ahli dan parti politik adalah memantapkan integriti dalam menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna15.07.2023
Tuan, apakah perbezaan penggunaan tiga titik "..." dengan empat titik "...." seperti dalam ayat di bawah ini? "Remuk hatinya apabila..." dengan "Remuk hatinya apabila ...."?. Bilakah kita perlu menggunakan tiga titik dengan empat titik tersebut?. Terima kasih.

Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya:

a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.

b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu.

3c) . . . dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangkanya  . . .

Selain itu, elipsis menunjukkan sesuatu yang bersambung, contohnya: 1,2,3, . . .

Hal ini bermakna tiada empat titik, yang ada ialah elipsis iaitu tiga titik.

 

Lain-lain01.12.2011
12

Kembali ke atas