Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disanjung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. Saya musykil tentang ayat ini sama ada betul atau tidak. Seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjung walau di mana sahaja dia berada. terima kasih.

Ayat yang betul ialah 'seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjungi walu di mana sahaja dia berada. Harap maklum.

Tatabahasa22.07.2008
bagaimana cara saya hendak mendapatkan contoh peristiwa bahasa?

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan merujuk pada bahan seperti dibawah :

1. Peristiwa Bahasa / Darwis Harahap; DBP; 1989

2.100 tahun pergerakan bahasa dan sastera Melayu 1888-1988

3. Perjuanganmu disanjung (buku cenderamata khas ulang tahun DBP ke 40 tahun)

Lain-lain19.10.2010
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih.

Saudara Norazizah,

Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung  

Lain-lain02.09.2009

Kembali ke atas