saya ingin bertanyakan berkaitan penggunaan ayat (pihak merakamkan ucapan billion terima kasih atas keperihatinan pihak tuan). Bolehkah perkataan 'billion' digunakan bagi menggantikan 'jutaan'?. Isu ini telah mendapat maklumbalas yang negatif dari pihak pengurusan kami. mohon pihak tuan memaklumkan semula. sekian. | Ungkapan "kami merakamkan ucapan terima kasih" betul dan dapat menyampaikan hasrat pemberi ucapan. Tidak perlu ada bilangan dalam merakamkan ucapan terima kasih. Walau bagaimanapun ungkapan yang dicadangkan itu tidaklah salah cuma perlu disaring penggunaannya kerana boleh memberi ruang kepada ungkapan yang lain pula seperti trilion terima kasih. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Assalamualaikum , boleh bertanya , sy sedang buat kajian tentang tatabahasa bahasa melayu .. dipendekkan cerita, sy membangunkan 'corpus bigram' melalui artikel-artikel bahasa melayu .. masalah disini ialah sy memerlukan artikel2 bahasa melayu yang betul tatabahasanya mengikut aturan tatabahasa melayu dan ianya agak 'limited' kerana sy tidak berdaya untuk 'check' adakah artikel itu betul tatabahasanya secara keseluruhan.. sy fikir KNT mungkin ada sumber2 yang sy maksudkan td betul ? ,tambahan pula KNT adalah satu penumbuhan yang mementingkan penggunaan tatabhasa bagi bahasa melayu..jadi soalan sy ialah,adakah boleh untuk sy mendapatkan sumber artikel bahasa melayu yang banyak dan betul tatabahasanya dari pihak KNT didalam bentuk 'softcopy'? klau boleh bagaimana ? terima kasih. | Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) khusus menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa dan KNB tidak mempunyai artikel yang lengkap untuk sesuatu tajuk atau tema. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan bernilai, melainkan setiap artikel yang diperlukan perlu disaring agar benar-benar bermutu untuk dijadikan bahan kajian bagi memperoleh data yang bermutu. | Tatabahasa | 08.12.2014 |