Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disatukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Unified Secured Transaction Legal Framework - Kerangka Undang-undang Transaksi Bersekuriti Disatukan Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih Pohon pandangan tuan tentang terjemahan ini. Terima kasih.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 

1. Unified Secured Transaction Legal Framework – Kerangka Undang-undang Urus Niaga Bersekuriti Disatukan

2. Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih 


Penyemakan dan penterjemahan30.10.2022
mekar berkembangan. Adakah dua perkataan ini boleh disatukan dalam satu ayat?
Salam sejahtera,

Mekar membawa maksud mulai berkembang atau berkembang dan menjadi banyak. Oleh itu, penggunaan mekar berkembangan tidak boleh digunakan dalam ayat kerana berlaku pengulangan maksud yang sama.

Sekian, terima kasih.
Makna20.12.2019
Dalam bahasa Inggeris, "assemble' ialah 'to put something together'. Sebagai contoh, bahagian-bahagian almari yang berasingan disatukan dan dipasang menjadi sebuah almari. Manakala, 'install' ialah 'the object is already completed but needs to put in a particular place' bermaksud almari yang siap dipasang tadi kemudian dipasangkan dan dikukuhkan pula di sesuatu tempat, misalnya di bilik tidur. Apakah perkataan yang sesuai untuk 'assemble' bagi membezakannya dengan 'install' walhal kedua-dua perkataan sekiranya diterjemahkan membawa kepada maksud yang sama iatu 'pasang' tetapi sebenarmya proses yang berlainan? Terima kasih.Kami mencadangkan "assemble" diterjemahkan sebagai "sambung", "kumpul" atau "himpun", manakala "install" pula boleh diterjemahkan sebagai "memasang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna11.03.2021
Saya ingin mengutarakan 2 soalan. 1. Sekiranya ada cadangan untuk Kedai Buku DBP yang utama ( flagship bookstore ), dapatkah ia disatukan dengan perpustakaan DBP? 2. Dapatkah Kedai Buku DBP menjual buku bahasa Inggeris sebagaimana yang dilakukan oleh Popular Bookstore dan Kinokuniya Bookstore? Terima Kasih

1. Untuk makluman saudara, Kedai Buku DBP diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi DBP manakala Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) pula merupakan salah satu bahagian dalam DBP. Kedai Buku dan PDM merupakan dua entiti yang berbeza.

2. Keutamaan hanya pada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu sahaja.

Lain-lain02.03.2009
Ini berkaitan permohonan penamaan bangunan. Kami ingin membuat permohonan untuk hak cipta terpelihara bagi nama 'CONTINEW', dimana 2 perkataan bahasa inggeris disatukan; iaitu Continue dan New. Minta tolong tuan/puan memberi nasihat jika ada apa-apa masalah dan bagaimana untuk teruskan?Terima kasih.DBP akan mengesahkan penggunaan nama yang baik dan betul dalam bahasa kebangsaan. Antara ciri penamaan yang baik dan betul termasuklah menggunakan bahasa kebangsaan dan bercitra kebangsaan, seperti "Menara Idaman". DBP tidak mengesahkan nama Continew kerana tidak menggunakan bahasa kebangsaan.Tatabahasa01.08.2016
Bolehkah digunakan perkataan SECAPAIAN? Bila saya merujuk kepada Pusat Rujukan DBP, tiada dalam carian. Melainkan perkataan CAPAI dan CAPAIAN. Maka, bolehkan imbuhan awalan SE disatukan dengan CAPAIAN?Se- ialah awalan yang bermaksud satu seperti sekali dan sehari yang bermaksud satu kali dan satu hari. Tidak ada contoh perkataan secapaian dalam sumber rujukan kami.Tatabahasa31.05.2016
Salam. Manakah yang betul, "hubungkaitkan" atau "hubung kaitkan"? Contoh: Hubungkaitkan kandungan haba dengan jisim air. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah hubung kait, hubung kaitkan dan dihubungkaitkan. Apabila menerima apitan barulah disatukan ejaannya.Tatabahasa15.01.2015
Saya ingin bertanya, adakah betul penggunaan “mengokot” untuk maksud “staple” dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat, semua murid perlu mengokot kertas jawapan sebelum dihantar kepada guru. Atau, apakah perkataan yang sesuai untuk menunjukkan kertas tersebut disatukan menggunakan dawai kokot? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1132, perkataan “mengokot” bermaksud mengetap atau mengepilkan kertas, plastik dan lain-lain dengan kokot. Sehubungan dengan itu, penggunaan “mengokot’ dalam ayat “Semua murid perlu mengokot kertas jawapan sebelum dihantar kepada guru.”, betul. Makna13.05.2024
Merujuk Daftar kata Bahasa Melayu edisi kedua, m/s 22 tentang definisi kata terbitan. ' Kata terbitan ( atau kata turunan) ialah kata dasaryang berimbuhan ( mempunyai awalan, sisipan, akhiran atau apitan), atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Boleh tak tuan jelaskan ' ..atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain'? terima kasih atas bimbingan selama ini dan seterusnya.Dalam bahasa yang mudah difahami kata terbitan ialah kata yang terjadi/terdiri daripada kata akar dan imbuhan yang disatukan. Untuk mendapatkan maksud petikan tersebut sila rujuk penulis/penyusun Daftar Kata tersebut.Lain-lain05.06.2010
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya.Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih.Tatabahasa23.10.2008
12

Kembali ke atas