Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata discriminant


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A'kum dan Salam 1 Malaysia, saya Che'Rozaniza Binti Azizan, pelajar PhD daripada UPM memerlukan khidmat terjemahan bagi perkataan bahasa Inggeris ini: discriminant convergent Untuk makluman tuan/puan, ini adalah ayat asal perkataan tersebut: "........D-A fit, and N-S fit are three dimensions of P-E fit and have both convergent and discriminant effects on the outcomes" Segala bantuan dan maklum balas daripada pihak tuan/puan adalah amat saya hargai dan sanjungi. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "discriminant convergent" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah bahasa Melayu untuk "discriminant", iaitu diskriminan atau pembeza layan. Istilah untuk "convergent" ialah tumpu, tumpuan atau konvergen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tumpuan pembeza layan atau tumpuan diskriminan.Istilah18.07.2013
Salam Tuan/Puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah Bahasa Inggeris berikut (dalam konteks metodologi kajian dan statistik): i. unidimensionality ii. normality test iii. corrected item total correlation iv. convergent validity v. disriminant validity Maklum balas dan kerjasama Tuan/Puan adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Walaikumussalam.

Cadangan terjemahan yang sesuai ialah:

i.       Unidimensionality = keekadimensian

ii.      Normality test = ujian kenormalan

iii.     Corrected item-total correlation = korelasi item-jumlah dibetulkan

iv.    Convergent validity = keesahan konvergen
v. Discriminant validity = keesahan diskriminan

Terima kasih.

Istilah16.01.2017

Kembali ke atas