Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (lit. & fig.) penyakit: skin ~, penyakit kulit; tropical ~s, penyakit-penyakit tropika; envy is a ~ that destroys the soul, iri hati merupakan penyakit yg merosakkan jiwa. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disease


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Deficiency disease --penyakit kekurangan? (biasanya dikaitkan dengan kekurangan zat makanan)Istilah bahasa Melayu untuk deficiency disease ialah penyakit kurang zat.Istilah30.01.2019
Assalamualaikum Tuan, Mohon bantuan tuan untuk mendapatkan padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan yang berikut: (a) disease-free “11. All feeds supplied and given to the animals in the quarantine station shall come from disease-free areas.” (b) all-in, all out system “25. (1) No carry over of animals shall be allowed between consignments of animals and such consignment shall adopt the “all-in, all-out” system.” Sekian, terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:

1. disease-free: bebas penyakit

2. all-in, all-out system: sistem berkumpulan



Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.



Makna18.02.2022
Kenapa pencarian terjemahan untuk 'sexually transmitted disease' gagal menemukan jawapan 'penyakit kelamin'. Saya rasa 'penyakit hubungan jenis' tidak begitu tepat untuk terjemahan bagi STD.

Dalam data rujukan kami, padanan istilah 'sexually transmitted disease' ialah penyakit hubungan jenis. STD ialah penyakit yang hanya boleh dijangkiti dengan melakukan aktiviti hubungan seks. Antara penyakit yang biasa dijangkiti akibat hubungan seks terutamanya melalui hubungan seks rambang ialah klamidia, gonorrhea, herpes, sifilis dan HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit ini jarang menampakkan simptom-simptomnya. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada remaja perempuan menjangkakan bahawa mereka tidak akan dijangkiti STD tetapi apabila diperiksa 18 bulan kemudian, didapati satu daripada empat orang telah dijangkiti penyakit klamidia atau gonorrhea.

Penyemakan dan penterjemahan13.12.2019
Apakah terjemahan sesuai bagi superspreading event dan superspreader. A super spreading event is an event in which an infectious disease is spread much more than usual, while an unusually contagious organism infected with a disease is known as a super spreader. Penerangan di atas bagi definisi superspreader.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

superspreader - perebak utama
superpreading event - acara perebakan utama

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain06.06.2021
Apakah cara sebutan yang betul bagi penyakit seliak (Celiac disease)? Adakah se.liak atau sé.liak? Atau adakah nama lain bagi penyakit dalam BM?Cara sebutan seliak ialah se.li.yakLain-lain30.08.2021
spinach - spinal adj of, rel to the spine, spina: a ~ disease, penyakit spina; a ~ malformation, pencanggaan spina. Pentakrifan bagi perkataan "spinach" adalah salah.Terima kasih atas keprihatinan puan dalam perkara ini, pihak kami akan membetulkan kesilapan data lama yang masih terdapat dalam pangkalan data kami.Lain-lain28.11.2019
Saya telah meminta khidmat nasihat untuk perkataan English over time (This disease will cure over time). Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang respon. Sedangkan s jawapan dijanji diberi dalam 2 hari bekerja.Mohon maaf atas kelewatan memberikan respons kepada persoalan tuan/puan. Berdasarkan contoh ayat bahasa Inggeris yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya untuk over time ialah “lama-kelamaan”. (Lama-kelamaan penyakit ini akan sembuh.)Penyemakan dan penterjemahan14.05.2018
Apakah istilah BM yang berlainan bagi 'feet' dan 'legs' ? Ayatnya begini: the disease may affect the ........ and the bones of the feet and legs'.

Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, feet: pl of FOOT. Manakala leg:  (limb of man, animal) kaki. Istilah 'feet' merujuk kepada bahagian kaki dari buku lali ke bawah manakala istilah 'leg' merujuk kepada bahagian kaki dari pangkal paha hingga ke buku lali.

Makna31.03.2011
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat tuan/puan bagi istilah yang sesuai untuk 'underlying medical conditions', 'outbound tourism', 'elastic compression stoking', 'healthcare professional', 'oral rehydration salt', 'transmission of disease', 'venous thromboembolism' dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan istilah agar istilah yang sesuai boleh dicadangkan.Makna14.05.2014
Perkataan "nutritionally adequate" dalam peruntukan di bawah ini dipadankan dengan "berzat secukupnya" manakala dalam peruntukan yang lain perkataan "nutritionally" dipadankan pula dengan dengan “pemakanan”. Melalui semakan kami, perkataan “nutritionally” seperti “nutritionally-related disease” dipadankan dengan “penyakit berkaitan pemakanan”. Oleh itu, apakah padanan bagi "nutritionally adequate" dan "nutritionally available carbohydrates" 389A. (2) Follow-up formula shall be nutritionally adequate to contribute to normal growth and development when used in accordance with its direction for use. 389A. (2) Rumusan susulan hendaklah berzat secukupnya untuk menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan yang normal apabila digunakan mengikut arahan penggunaannya. 389A.(6) Follow-up formula shall contain nutritionally available carbohydrates suitable for the feeding of infant of six months and children in such quantities as to adjust the product to the energy density in accordance with the requirements set out in subregulation (4). 389A.(6) Rumusan susulan hendaklah mengandungi pemakanan karbohidrat sedia ada yang sesuai untuk makanan bayi yang berumur enam bulan dan kanak-kanak kecil dalam kuantiti tertentu supaya keluaran diselaraskan dengan kandungan tenaga mengikut kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (4).Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally adequate" ialah cukup berzat. Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally available carbohydrates" ialah pemakanan berkarbohidrat atau pemakanan tersedia karbohidrat.

Pihak puan juga boleh merujuk dan menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penterjemahan.
Lain-lain18.07.2021
12

Kembali ke atas