Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disebut

Puisi
 

Ikan kukus tulangnya lembut,
     Tulang lembut jarang-jarang;
Kami belayar jangan disebut,
     Takut dilanggar batu karang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Lain teringat lain disebut;
     bertukar angguk dengan ilallah.

Bermaksud :

Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... Benarkah kata pinjaman perlu disebut mengikut bunyi kata asal, bukannya secara sebutan baku? Contohnya: London (disebut Landen), bank (disebut beng), universiti (disebut yuniversiti) ?Dalam sistem bahasa Melayu baku, stiap perkataan disebut seperti ejaan termasuklah bank (bank, bukan benk) dan universiti (universiti, bukan yuniversiti). Walau bagaimanapun nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.Tatabahasa03.08.2012
"Sebelum ini telah disebut bahawa setiap huruf yang terdapat dalam al-Quran sudah semestinya membawa maksud dan hikmah yang tersendiri". "telah disebut" atau "telah disebutkan" dalam ayat di atas? bagaimana nak tahu bila nak letak imbuhan "kan" atau tidak? Dan secara umumnya, ayat di atas betul atau tidak keseluruhannya? terima kasih.

Kata terbitan disebut adalah betul. Awalan di-...  lazimnya membentuk kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga; manakala apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Untuk lebih memahami kedua-dua tajuk ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 176 dan 202. Disebut bermaksud dikatakan atau diceritakan. Dalam penulisan ilmiah penggunaan kata diterangkan dan dijelaskan adalah lebih sesuai berbanding dengan kata disebut itu.

Tatabahasa11.02.2011
apah makna sebutan dan intonasi.terangkan dgn jelas berdasarkan contoh-contoh yang sesuaiSebutan bermaksud apa yang disebut, (sesuatu) yang disebut manakala intonasi bermaksud turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap).Makna13.02.2007
apakah perlu pangkat angkatan tentera disebut jika penyandang bukan seorang anggota tentera?contoh Brigeder Jeneral Tan Sri Datuk Lim.Jika seseorang itu masih berkhidmat dalam anggota tentera, maka perlu disebut pangkat tersebut tetapi jika beliau telah bersara tidak perlu disebut pangkatnya sekali, iaitu Tan Sri Datuk Lim.Lain-lain11.03.2010
Sejahtera dan selamat pagi, pada 20/01/2014 saya pernah menanyakan istilah-istilah asli dlm bahasa Melayu utk "doktor",''seminar'',''kempen'',''modulasi'',''sistem'',''proses'',''konjugasi'' dan polis. Akan tetapi ahli bahasa mengatakan tidak ada istilah dlm bahasa Melayu. Baiklah, hari ini saya sudah menjumpai semua kata padanannya yg lebih tepat dan asli akan tetapi tak digunakan oleh ahli DBP sebagai bahasa yg lebih rasmi dlm bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu asli, "doktor" disebut "pengubat" atau "tabib" atau "pawang" atau "datu", "seminar" disebut "bengkel", "kempen" disebut "gerakan", "modulasi" disebut "pengawalaturan" atau "pengaturan", "sistem" disebut "tata" atau "susunan", "process" disebut "olah", "konjugasi" disebut "tasrif" atau "taarif", dan "polis" disebut "mata-mata", "piung", "bayangkar", "ketual", "katwal" dan sebagainya. Kenapa ahli bahasa tidak memelihara dan menjaga keaslian bahasa Melayu?Istilah yang tuan kemukakan telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya. Walau bagaimanapun, tuan boleh mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dipertimbangkan.Istilah13.02.2017
Setelah merujuk arkib soalan DBP saya mengetahui simbol ' disebut sebagai pengikat kata. macam mana pula dengan simbol ini " atau dalam bahasa Inggerisnya 'inverted comma'?Dalam buku Gaya Dewan, m.s. 77, simbol (' ') disebut tanda petik tunggal yg biasa digunakan dlm ungkapan atau ayat yg sudah diapit tanda petik, simbol (" ") disebut tanda tanda petik, fungsinya mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana, karangan, puisi dsb, mengapit istilah ilmiah kata khususLain-lain24.08.2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH.1. Mutiara Kata
2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.
Tatabahasa02.07.2013
Salam sejahtera, kenapa kata "anjing" disebut sebagai "jeng" bagi suku kata keduanya dan bukan disebut sebagai "jing"? Adakah disebabkan faktor fonologi tertentu yang menjadikan sebutan sedemikian? Terima kasih.Sebutan yang betul ialah [an.jing]. Tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi untuk rujukan.  Lazimnya perbezaan sebutan dipengaruhi dialek dan kebiasaan sebutan yang digunakan seharian.Tatabahasa27.11.2019
salam... kenapa perkataan 'universiti' diesebut "yuniversiti' sedangkan perkataan 'ular' tidak disebut 'yular'? terima kasih..

Saudara,

Untuk makluman saudara, dalam sistem sebutan baku bahasa Melayu, perkataan bahasa Melayu sama ada perkataan Melayu jati atau serapan  disebut  mengikut ejaan perkataan tersebut. Oleh itu, perkataan universiti disebut u.ni.ver.si.ti. bukan yu.ni.ver.si.ti.

Tatabahasa13.10.2010
"Salam Tuan. Alumni disebut alum-nai atau alum-ni ? sekian terima kasih."Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, alumni disebut sebagai a.lum.ni. Sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu - Rumi-Sebutan-Jawi edisi kedua muka surat 174.Tatabahasa06.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas