Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
segan (adjektif)
1. Bersinonim dengan malas: lundung, kelesa, wegah, meleng, sungkan, celika, berat siku, berat tangan, berat tulang, ogah, ewa,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan malu: aib, silu, segok, wirang, bera, kanyor,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : penyegan, disegani, menyegani, keseganan,

Peribahasa

Kalau kucing tiada bermisai,
     takkan ditakuti tikus lagi.

Bermaksud :

Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, 1. Dia merupakan seorang pelajar yang disegani Dia merupakan pelajar yang disegani. Kedua-dua ayat ini , Dia merupakan pelajar yang disegani.(betul)Saya amat kekeliruan mengapakah seorang tidak boleh digunakan. TKKedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama menggunakan penjodoh bilangan (seorang) dan ayat kedua tanpa penjodoh bilangan.Tatabahasa18.01.2012
Rie Aries Aug 5th, 2:35am Salam.mohon pencerahan..apakah maksud "disegani" dan "dihormati"..dua perkataan ini mjd perdebatan sesama kami.sy berpendapat kdua2 ayat ini berbeza maksud tp ada persamaan,sdgkn rakan mgatakan ia langsung tidak ada sbrg persamaan.harap dpt penjelasan.terima ksh.Lihat kepada kata akar kedua-dua kata tersebut, segan antara maksudnya termasuklah hormat dan hormat bermaksud mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang. Ada perbezaan dan persamaan maksud antara kedua-duanya, untuk maklumat lanjut, rujuk www.prpm.dbp.gov.my.Makna05.08.2014
salam, saya ingin bertanya 1. tentang penggunaan Yang Berbahagia dan Yang Berusaha, jika ketua jabatan saya berstatus Prof Madya Dr. mana yang lebih sesuai? sebelum ini Yang Berbahagia hanya untuk individu yang mendapat gelaran tan sri/dato/datuk. 2. bahaimana dengan Yang Dihormati dan Yang disegani,Yang Setia, Yang Dikasihi, mcm mana dengan susunan kekananan?Jika tidak mempunyai sebarang gelaran Prof. Madya disapa sebagai tuan kecuali apabila beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. Tidak ada maklumat tentang kekananan sapaan yang tuan berikan melainkan disusun mengikut kekananan fungsi jawatan, contohnya Yang Berusaha Pengerusi Seminar ..., Encik Ahmad bin Ali, Setiausaha Seminar dan Encik Abu bin Kassim, Bendahari SeminarĀ .Tatabahasa02.11.2012
Salam, Semalam emak saya ada mengunakan satu ayat iaitu "Dia telah di cabok" dan saya kurang pasti apa itu cabok. Apa yang emak saya bilang pada zaman dulu ayat cabok selalu digunakan. Apa yang diberitahu oleh emak saya, cabok ada tali ikan ekor pari yang digunakan dipenjara?. Saya kurang pasti, saya minta pihak tuan/puan boleh menjelaskan apakah ayat cabok ini seakan sebatan ? FainBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah cabok tidak ditermui, yang ada ialah cabuk yang bermaksud  1. buruk dan tidak berguna lagi: kasut yg sudah ~ dibuangnya; 2. bp rendah kedu­dukannya atau kurang dikenali (dihormati, disegani dsb): aku hanyalah seorang pegawai ~; 3. rendah nilainya atau kurang bermutu (bkn sesuatu benda): aku naik kereta ~ saja, lainlah engkau.Istilah26.10.2010

Kembali ke atas