| Pengguna akan disekat oleh sistem jika mengunci masuk kata laluan yang salah. Sistem akan nyahsekat (unblock) pengguna secara automatik selepas tiga hari. Adakah perkataan nyahsekat boleh dan betul untuk digunakan? | Perkataan "nyahsekat" boleh digunakan. | Makna | 08.03.2022 |
| Apakah maksud kerja secara bebas? | Kerja bermaksud segala tugas atau urusan (yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab) dan bebas bermaksud tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, kerja secara bebas bermaksud melakukan tugasan atau urusan yang tidak dihalang atau tidak disekat oleh seseorang/sesuatu. | Makna | 22.02.2019 |
| bagaimanakah membezakan 'boleh' dengan 'dapat'? | Boleh dan dapat membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Terima kasih. | Makna | 10.10.2008 |
| Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh" ? | Saudara Nabihah, "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 259. | Makna | 31.12.2009 |
| apakah perbezaan penggunaan kata dapat dan boleh? bagaimanakah untuk bezakan situ dan sana, | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki). Situ = (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara) manakala sana = tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Kamus Dewan edisi ke-4. | Makna | 12.08.2009 |
| Apakah perbezaan antara "dapat" dengan "boleh"? | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). | Tatabahasa | 29.12.2009 |
| Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh"? | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). | Tatabahasa | 29.12.2009 |
| Saya memerlukan penerangan atau penjelasan yang terperinci tentang pengunaan perkataan dapat dan boleh. Bolehkah pihak DBP membantu saya? | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). | Tatabahasa | 18.09.2010 |
| Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai beberapa maksud iaitu adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg dibentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat). Saudara yang budiman, Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.10.2018 |
| Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "banned"? Sesuai kah ia diterjemahkan kepada "diharamkan"? Contoh ayat: You are banned from this website and unable to login for 10 min. Terima kasih. | Untuk makluman terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk ban, iaitu haram, halang, larang, sekat dan tahan. Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah dihalang atau disekat. | Istilah | 16.10.2012 |