Apakah ejaan yg betul :"ulang-alik" atau "ulang alik". Harap diselaraskan. Sbb kedua2 jenis ejaan boleh didapati dalam laman web DBP/prpm. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "ulang-alik". Kami akan semak laman web PRPM dan membuat pemurnian. Terima kasih. | Ejaan | 13.05.2015 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapakah istilah 'subsidiary' diterjemahkan sebagai 'syarikat subsidiari' dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, tetapi diterjemahkan sebagai 'anak syarikat' dalam Istilah Bahasa Melayu? Terjemahan manakah yang lebih tepat? Mengapa wujud perbezaan ini? Mengapa tidak diselaraskan sahaja? Sekian, terima kasih. | Tidak ada yang perlu diselaraskan sekiranya anda memahami pemberian makna dan padanan dalam kamus. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, entri subsidiary diberikan padanan subsidiari, manakala entri subsidiary company yang diberikan padanan syarikat subsidiari. Kamus Dewan memberikan makna entri syarikat subsidiari sebagai anak syarikat. | Makna | 15.04.2018 |
Soalan...kenapa sistem pemenggalan waktu tidak sekata cthnya: 12-1.59 tengah hari dan 12-12.59 tengah malam? Sepatutnya diselaraskan kepada 12-12.59 untuk tengah hari dan 12-12.59 untuk tengah malam supaya sistem ini tidak mengelirukan. Terima kasih. | Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu yang dibuat dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Soalan...kenapa sistem pemenggalan waktu tidak sekata cthnya: 12-1.59 tengah hari dan 12-12.59 tengah malam? Sepatutnya diselaraskan supaya sistem ini tidak mengelirukan.terima kasih. | Pemenggalan waktu: i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59 iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59 Untuk makluman tuan, pemenggalan waktu ini telah mantap. Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Hal ini berkemungkinan tidak sama seratus peratus dengan bahasa Inggeris kerana tidak ada pemenggalan waktu yang jelas dalam rujukan utama bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Ejaan manakah yg betul celupar atau celopar dan apakah alasannya | 1. Celopar. 2. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 11.04.2015 |
Adakah terdapatnya program atau aktiviti untuk orang yang bukan berwarganegara malysia untuk mempelajari bahasa melaysia? | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaraskan dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 20.11.2015 |
Apakah beza Istilah Malaysia dan Istilah MABBIM di laman web DBP? Dalam konteks apakah perbezaan istilah Malaysian dan istilah MABBIM digunakan? (Contohnya, adakan penggunaan terhad di Malaysia atau Indonesia dan sebagainya?) | Istilah MABBIM ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Mabbim,iaitu antara 3 negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan digunakan di ketiga-tiga negara. Istilah Malaysia ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Malaysia dan digunakan di dalam negara. | Istilah | 25.01.2007 |
Assalamualaikum. Bolehkah dijelaskan kenapa kependekan alaihissalam dieja a.s. dan tidak AS seperti SWT dan SAW? Keadaan ini menimbulkan kekeliruan ketika menulis. Pada pendapat saya, sebaiknya diselaraskan semuanya. Terima kasih. | Kependekan AS membawa erti Amerika Syarikat, manakala a.s. membawa maksud alaihissalam yang digunakan atau ditulis biasanya sesudah menyebut nama nabi dan malaikat, misalnya Nabi Daud a.s. dan Jibril a.s. Kata a.s. sama seperti r.a. bukan kata nama khas tetapi kata yang digunakan pada nama orang yang tertentu sahaja. Untuk mendapat maklumat terkini dalam bahasa Melayu sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 14.10.2024 |
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Malaysia dan istilah MABBIM dalam hasil carian sesuatu perkataan dalam carian kata dan apakah perbezaan antara keduanya? | Istilah MABBIM ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Mabbim,iaitu antara 3 negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan digunakan di ketiga-tiga negara. Istilah Malaysia ialah istilah yang dibincangkan dan diselaraskan di peringkat Malaysia dan digunakan di dalam negara. | Istilah | 01.11.2010 |
Adakah DBP menyimpan kertas kerja perbincangan antara Malaysia dan Indonesia berkait persetujuan yang dibuat tentang pelambangan bunyi bahasa Melayu? Contoh mengapa 'sj' di Indonesia dan 'sh' di Malaysia diselaraskan menjadi 'sy'? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selain itu, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau mendapatkan bahan carian dengan melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan yang diperlukan dapat diperoleh melalui carian tersebut. Selamat mencuba. | Lain-lain | 15.07.2019 |