Salam 1Bahasa, 1. Terjemahan perkataan 'check-point' dan 'explorace' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Mengapakah ayat "Kamu harus bertindak dengan secepat yang mungkin." memerlukan kata hubung pancangan relatif 'yang'? 3. Ayat "Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar yang segera" atau "Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera", yanag manakah yang gramatis? 4. Ayat yang manakah sesuai untuk dijadikan cap getah "Diakui salinan yang betul" atau "Diperakukan salinan yang betul"? Terima kasih. | 1. check point = Tempat pemeriksaan , explorace = Penerokaan 2. Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 3. Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera. 4. Diperakukan salinan yang betul. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tq | Berdasarkan kata kunci 'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat diselesaikan&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Senarai sekolah yang perlu dinaiktaraf mengikut diselesaikan pada Mac 2015.. dinaiktaraf atau dinaiktarafkan ? Adakah betul ayat in?kalau tak betul..dipohon diperbetulkan..terima kasih.. | Ejaan yang betul ialah dinaik taraf. Sila betulkan ayat tuan kerana maksud yang hendak disampaikan tidak kami fahami dan sukar untuk dibuat pembetulan. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
Pelbagai perkara akan berlaku jika masalah berlumba di jalan raya tidak diselesaikan dengan segera. Munsyi, adakah ayat ini gramatis? TK, pada pendapat saya, berlumba tidak sesuai digunakan. TK | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berlumba sama dengan berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan yang bermaksud berdahulu-dahuluan, berlawanan. Oleh itu, penggunaan perkataan "berlumba" dalam ayat yang diberikan adalah betul. | Makna | 15.04.2012 |
Apakah istilah yang tepat bagi lembaran-lembaran kerja yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan di rumah? Kerja sekolah ataupun kerja rumah? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, homework ialah 1. school work done at home, kerja /rumah, sekolah/; Dalam data kami, padanan homework ialah kerja rumah yang digunakan dalam bidang pendidikan. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Encik, Dalam ayat berikut, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan kesalahan penggunaan perkataan 'dilangsaikan'? Adakah perkataan 'diselesaikan' dan 'diputuskan' sesuai? Terima kasih. Perkara-perkara lain yang tidak dapat dilangsaikan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. | Perkara-perkara lain yang tidak dapat diputuskan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang. | Tatabahasa | 10.05.2017 |
bagaimana cara yang tepat mengunakan tulisan nombor dan angka dalam penulisan dokumen rasmi? contoh: terdapat sebanyak lima (5) projek perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) tahun. perlukah kurungan tersebut? | Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat, gaya penulisan nombor dalam ayat seperti yang berikut: 1. Nombor pada permulaan ayat Nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. Contoh: a) Lima belas orang pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah menerima anugerah pelajar cemerlang. b) 1957 ialah tahun kemerdekaan bagi negara ini. 2. Nombor dalam ayat a) Nombor sifar hingga sembilan hendaklah dieja. Contoh: Polis menemui lima bungkusan berisi wang yang telah ditinggalkan oleh perompak. b) Semua nombor dalam ayat boleh dieja atau ditulis dengan angka jika lebih daripada sembilan tetapi penulisannya hendaklah selaras. Contoh: i. Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan dua ratus buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. atau ii. Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan 200 buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, muka surat 161-162. | Ejaan | 07.11.2023 |
soalan saya: 1.Acara penutupan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah perkataan 'disempurnakan' sinonim paling tepat :- a. dijalankan b.dilancarkan c.diselesaikan d.dilakukan | Jawapannya ialah 'Acara penutupan disempurnakan oleh..... Perkataan lain yang saudara/saudari lampirkan tidak tepat. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.05.2008 |
Adakah ayat ini ada bermasalah? Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan,namun kita yakin akan dapat diselesaikan awal. | Cadangan ayat yang betul ialah Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan dan kami yakin akan dapat menyelesaikan kerja ini dengan lebih awal. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
Kenapa permohonan saya masih tidak diluluskan daripada 28/2/18 sampai ke hari ini. | Permohonan iklan pada 28/2/2017 telah diselesaikan. Jika tuan tidak mendapat sebarang notifikasi melalui e-mel, sila log masuk portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 02.03.2017 |