| Salam tuan/puan, Yang manakah adalah betul? 'Melawat Bukit Bendera atau melawat ke Bukit Bendera'? Adakah 'melawat' dikira sebagai kata kerja transitif? Jika begitu, perkataan ini tidak boleh diselitkan dengan penggunaan kata sendi nama atau perkataan lain di antara kata kerja transitif dengan objek selepasnya. Betulkah begitu? Terima kasih. | Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke kerana kata nama yang hadir selepas kata sendi nama tersebut, seperti "melawat ke Jepun", dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, seperti "melawat saudaranya", bergantung pada konteks ayat tersebut. Oleh itu, ayat yang betul ialah "melawat ke Bukit Bendera". | Tatabahasa | 27.10.2014 |
| Saya ingin mendapat kepastian berkaitan pembinaan ayat menggunakan peribahasa. Semasa membuat karangan, bolehkan kita membina ayat baru yang bermula dengan 'Bak kata pepatah Melayu.........'? Menurut sesetengah guru, penggunaan ini adalah salah. Menurut mereka, peribahasa perlu diselitkan dalam ayat. Walau bagaimanapun, saya ada banyak membaca contoh karangan yang memulakan dengan frasa bak kata pepatah. | Penggunaan peribahasa pada permulaan ayat boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.11.2010 |
| Saya bekerja dalam bidang periklanan tv/radio/media cetak. Saya hendak pastikan: (1) Adakah penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu ayat dibenarkan? Cth: "Jadikan cuti sekolah ini lebih 'awesome' bersama rancangan XXX" (2) Bagaimana jika diselitkan frasa Bahasa Inggeris dalam skrip iklan Bahasa Melayu, tetapi berlainan ayat? Cth: "Inginkan rambut lebih sihat? NO PROBLEM! Gunakan syampu terbaru XXX" Penjelasan daripada pihak DBP amat dihargai. Terima kasih. | Komunikasi dan penggunaan bahasa dalam konteks rasmi hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Iklan ialah konteks rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu hendaklah betul dan sempurna, iaitu tidak ada gabungan perkataan atau ayat antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain. | Tatabahasa | 06.11.2014 |
| Saya keliru dengan istilah trivia.Mengikut maksud kamus dewan edisi keempat trivia ialah pelbagai maklumat atau fakta yang kurang penting tetapi menarik.boleh ke menggunakan perkataan trivia dalam siaran radio bagi menyampaikan info?memandangkan maksud trivia itu sendiri fakta atau info yg kurang penting.Sebagai contoh Trivia Sejarah (kemudian diselitkan info sejarah kemerdekaan negara). terima kasih. | Pada pendapat kami, perkataan trivia tidak sesuai digunakan untuk menyatakan sejarah kemerdekaan. Sejarah kemerdekaan dianggap penting kerana banyak tarikh dan peristiwa yang berkaitan dengan kemerdekaan. Kami mencadangkan rancangan Trivia Sejarah boleh digantikan dengan Info Sejarah dan Peristiwa Sejarah. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
| 1)Apakah dimaksudkan dengan kopah dan terkopah- layah. 2)apakah maksud berceratuk dan sesuaikah digunakan: berceratuk kopiah di atas kepala? 3)bagaimanakah hendak menggunakan kata pemeri "ialah dan adalah" dengan betul? 4)saya betul2 keliru bagaimana hendak menggunakan kedua - dua kata pemeri tersebut.Bolehkah nanti penerangan terperinci beserta dengan contoh - contoh mudah diselitkan dalam penerangan tersebut. 5)saya amat berbesar hati, sekiranya pihak tuan menjawab pertanyaan saya ini dan pertanyaan terdahulu dengan kadar segera kerana saya amat memerlukan informasi penting ini , ia mempengaruhi kerja saya dan juga pengguna bahasa lain di luar sana. 6)sekian terima kasih...... | 1. Kopah bermaksud berhamburan (darah), keluar banyak-banyak (darah dr mulut dll), walau bagaimanapun tidakada dalamsumber rujukan kami. 2. Berceratuk bermaksud duduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak-banyak, ayat berceratuk kopiah di atas kepala - tidak sesuai, tidak mungkin kopiah diatur banyak-banyak di atas kepala. 3. Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja, contoh aayat; Anaka ialah anugerah Allah. Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, contoh ayat; Matlamat unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tugas, Baju itu adalah baik. | Tatabahasa | 02.09.2008 |
| pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita. | 1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia. 2. A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul. C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul. D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
| saya ber nama Afeeyah karoomo,sedang belajar Melayu dasar, ingin bertanya Tatabahasa,Apakah maksud kata majmuk, Terima kasih | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
| Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.. Apakah perbezaan antara; 1. Surat itu telah saya tulis semalam.. 2. surat itu saya telah tulis semalam penggunaan kata bantu dalam ayatyang telah dipasifkan harus berada di kedudukan sebelum atau selepas KGND? 1. saya telah makan semalam? atau telah saya makan semalam? diharapkan pihak PRPM dapat membantu saya.. | Hukum Aneksi Persona ialah peraturan yang menetapkan frasa kerja pasif diri pertama atau kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama atau kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. Sebagai contohnya, ...akan saya baca ....[_/] , saya akan baca [ x].. Frasa yang betul ialah ...telah saya tulis semalam. | Tatabahasa | 30.08.2013 |
| Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. | Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan. | Istilah | 14.06.2012 |
| Assalamualaikum.. Di sini saya ingin mengajukan soalan mengenai laras bahasa. Apakah peranan dan kepentingan laras bahasa dalam bidang keagamaan? Terima kasih | Laras dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tatabahasa. Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku). Laras Bahasa Agama mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab dan diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. Laras agama penting untuk memberi kefahaman dan keyakinan kepada khalayak bidang ini. Harap maklum. | Makna | 03.10.2006 |