Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disemak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih.Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan  Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul.Tatabahasa19.09.2014
Untuk Disemak1. Sila pinda perkataan JELAJAHI kepada MENJELAJAH.
2. Singkatan ejaan pg. dan mlm. perlu dibubuh tanda titik.
Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.
Tatabahasa11.05.2012
Mohon disemak penggunaan bahasa dalam iklan yang disertakan. Bahan ini digunakan sebagai medium pengiklanan mempromosikan kemudahan-kemudahan sukan dibawah pentadbiran Lembaga Sukan Negeri Sabah.Sila buat pindaan seperti yang berikut: 
1. Singkatan ejaan Tel. :
2. Frasa Tertakluk pada terma dan syarat
Tatabahasa07.05.2012
Mohon disemak penggunaan bahasa, bahan ini digunakan sebagai medium pengiklanan dalam Buku Cenderamata atau Buku Program memohon penajaan sebarang penganjuran acara atau program daripada pihak luar. (Lampiran disertakan) terima kasihSila terjemhakan teks bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu di bahagian atas dan bahasa Inggeris di bahagian bawah dengan saiz yang lebih kecil.Lain-lain04.05.2012
Salam mohon disemak bunting ini sebelum mendapat kebenaran untuk gantung. Arahan pegawai di Majlis Daerah kuala Pilah. Medium Bahasa Inggeris Penghawa dingin Penapis air Coway Kaedah Montessori Luas dan Selesa “Little Scientist”Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain29.09.2017
mohon untuk disemak susun ayat berikut: Program pengawasan komuniti wajar dipupuk demi keselamatan masyarakat setempatSusun atur ayat tersebut tidak ada kesalahan dan boleh digunakan.Tatabahasa15.06.2016
Mohon bantuan , yang mana betul / betulkan ayat ini jika ada kesilapan: 1. Dokumen asal telah disemak dan salinan ini disahkan benar atau 2. Dokumen asal telah disemak dan disahkan salinan ini adalah benar Terima kasihAyat yanga gramatis ialah "Dokumen asal telah disemak dan salinan ini disahkan benar".Tatabahasa27.06.2012
saya ingin bertanya kekeliruan 1) disediakan oleh: atau disedia oleh: 2) disemak oleh: atau disemakkan oleh: 3) disahkan oleh: atau disah oleh:Frasa yang betul ialah disediakan oleh, disemak oleh dan disahkan oleh kerana kata terbaitan yang wujud ialah menyediakan (bentuk pasifnya disediakan), menyemak (bentuk pasifnya disemak) dan mengesahkan (bentuk pasifnya disahkan).Tatabahasa02.05.2012
Salam sejahtera, 1.Ayat aktif: Cikgu Tan menyemak buku latihan murid-muridnya. Ayat pasif: Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan. /Buku latihan murid-murid Cikgu Tan disemak olehnya. (Ganti Ganti Nama Diri Ketiga -nya perlu ditukar kepada Cikgu Tan?) 2. i)Kami dengan nenek selalu saling membantu. ii) Kami selalu saling membantu dengan jiran. (ayat i dan ii merupakan susunan perkataan untuk membetuk ayat yang betul yang dibuat oleh seorang guru. Beliau menyatakan ayat ii betul tetapi saya berpendapat ayat i betul.Sebenarnya yang mana satu betul) Sekian, terima kasih.1. Ayat pasif yang betul ialah "Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan."

2. Ayat yang betul ialah "Kami dengan nenek saling membantu." dan "Kami selalu membantu jiran."
Tatabahasa02.03.2020
Assalamulaikum dan salam sejahtera, Bagaimana dengan penggunaan perkataan 'oleh' pada muka depan buku atau pada muka surat copyright, adakah dibolehkan menggunakan huruf besar? Contoh- Disemak Oleh:, Dicetak Oleh:, Diterbitkan Oleh:. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,
Perkataan "oleh" ialah kata sendi nama yang perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh: Disemak oleh, Dicetak oleh, Diterbitkan oleh, dan lain-lain.
Tatabahasa13.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas