Tuan, Benarkah penggunaan congkak dlm ayat ini? Faizal tidak disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia mula bersikap congkak setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas. Terima kasih. | Congkak sama makna dengan sombong dan bongkak. Penggunaan kata congkak dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Salam sejahtera, Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) mendefinisikan 'black sheep' hanya sebagai noun, figurative, 'kambing hitam'. Istilah 'black sheep' dalam Kamus Istilah Malaysia mempunyai istilah sasar sebagai 'kambing hitam' dan huraian 'Seseorang yang tidak disenangi dan sering disalahkan apabila berlaku sesuatu perkara, di dalam satu kumpulan.'. Kamus Istilah Malaysia memberikan istilah sasar 'mangsa lempar salah'/'mangsa lempar-tuduh'/'kambing hitam'. Adakah ini bermaksud KIMD dan Kamus Istilah menganggap istilah BI 'black sheep' dan 'scapegoat' mempunyai maksud yang sama? Ini kerana kedua-dua istilah ini (yang mempunyai definisi berbeza dalam BI) diberikan erti 'kambing hitam' dalam KIMD dan Kamus Istilah. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan berkenaan padanan dan huraian istilah 'Black sheep' dan 'Scape goat'. Pihak kami akan menyemak semula perkara ini untuk dibetulkan. | Makna | 09.03.2010 |
Yang mana satu betul... Y. Bhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad atau Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Ahmad | Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu itu sendiri memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Untuk pertanyaan ini, kelazimannya ialah YBhg. Prof Dato' Dr Ahmad. | Tatabahasa | 11.11.2010 |
Apakah perbezaan istilah 'sifat' dan 'sikap'? | Sikap bererti perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana sikap mereka terhadap Ketua Pengarah ini? Sifat pula semula jadi : Sifat kewanitaan Jamilah menawan hati saya. Adakalanya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam konteks yang sama: Sikap/sifat suka ambil tahu Maria disenangi oleh kawan-kawannya. | Tatabahasa | 03.03.2015 |
apakah perbezaan antara sikap dengan sifat? boleh ke kedua2nya digunakan dalam konteks yang sama? | Sikap bererti perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana sikap mereka terhadap Ketua Pengarah ini? Sifat pula semula jadi : Sifat kewanitaan Jamilah menawan hati saya. Adakalanya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam konteks yang sama: Sikap/sifat suka ambil tahu Maria disenangi oleh kawan-kawannya. | Istilah | 25.04.2011 |
Assalamualaikum, Saya keliru dengan panggilan gelaran. Manakah yang betul bagi panggilan gelaran berikut? 1. Tuan Haji Dr. Ahmad bin Ali atau 2. Dr. Haji Ahmad bin Ali atau 3. Tuan Dr. Haji Ahamd bin Ali Harap mendapat penjelasan daripada Khdimat Bahasa kerana kekeliruan sering dihadapi di organisasi saya apabila melibatkan gelaran tersebut. Terim akasih. | Encik Rosli, Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Bagi contoh yang diberikan ketiga-tiga bentuk digunakan. | Lain-lain | 22.10.2010 |