Memohon disenaraikan perkataan-perkataan yang boleh disambungkan dalam satu suku kata | cat, bas,roh dan lain- lain lagi. Untuk keterangan lanjut rujuk Kamus Dewan edisi ke-4. | Tatabahasa | 27.08.2007 |
"kadangkala" dan "adakala" disenaraikan sebagai ejaan yang betul di dalam Kamus Dewan dan Kamus Tatabahasa m/s 74. Namun, mengapakah "kadang kala" dan "ada kala" disenaraikan sebagai padanan untuk terjemahan "sometimes"? | Ejaan yang betul ialah kadangkala dan adakala. Rujukan utama yang digunakan ialah buku Tatabahasa Dewan. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.01.2021 |
1) Guru Besar menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi tadi. 2) Berikut disenaraikan barang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan itu nanti. bolehkah tuan jelaskan kesalahan ayat-ayat di atas can pembetulan kepadanya? | 1) Guru besar menyampaikan ucapan dalam perhimpunan pagi tadi. 2) Berikut disenaraikan barang-barang yang diperlukan semasa aktiviti perkemahan itu nanti. | Tatabahasa | 12.07.2010 |
Mengapakah perkataan behaviorisme disenaraikan sebagai padanan bagi behaviorism dan bukannya kelakuanisme? | Betul, istilah behaviorisme diterima pakai dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 11.10.2017 |
Adakah ayat tanya yang disenaraikan di bawah betul bagi jawapan yang berikan? Jawapan: Pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022 adalah di kedudukan sepuluh. Ayat tanya: 1. Di manakah pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022? 2. Di manakah kedudukan pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022? 3. Apakah kedudukan pencapaian kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022? Khususnya, saya inginkan penjelasan tentang penggunaan "di manakah" bagi ayat ini. Terima kasih. | Ayat yang sesuai ialah “Apakah kedudukan kontinjen negara dalam Sukan Komanwel 2022?”. | Tatabahasa | 25.01.2024 |
Kami ingin menggunakan nama yang disenaraikan dibawah sebagai nama perniagaan untuk tadika kami. 1. Tadika Cahaya Mata Eden 2. Tadika Suci Eden 3. Tadika Eden Didikan Kanak Sila maklumkan jika pilihan nama tersebut mematuhi pengunaan istilah Bahasa Malaysia sepertimana di maklumkan di dalam lampiran yang di muat naik dengan pertanyaan ini. Sekia, terima kasih. | Cadangan nama "Tadika Cahaya Mata" dan "Tadika Suci" menepati struktur tatabahasa bahasa Melayu. Perkataan Eden tidak terdapat dapat Kamus bahasa Melayu dan sekiranya nama tersebut merupakan nama atau empunya tadika, hendaklah dinyatakan. | Tatabahasa | 20.05.2014 |
Soalan : Kami ingin menggunakan nama yang disenaraikan dibawah sebagai nama perniagaan untuk tadika kami. 1. Tadika Cahaya Mata 2. Tadika Pertiwi Nurani 3. Tadika Daya Budi Sila maklumkan jika pilihan nama tersebut mematuhi pengunaan istilah Bahasa Malaysia sepertimana di maklumkan di dalam lampiran yang di muat naik dengan pertanyaan ini. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, ketiga-tiga nama adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 05.06.2014 |
Adakah kamus dwibahasa Inggeris-Melayu masih disenaraikan di dalam perkhidmatan elektronik DBP? Pautan ke perkhidmatan tersebut tidak lagi saya ketemui sejak laman DBP telah diperbaharui sejak kebelakangan ini. Fez. | tuan boleh menggunakan alamat berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan kamus elektronik. Alamatnya ialah: www.karyanet.com.my .Portal ini ialah meyediakan bahan rujukan elektronik dalam talian iaitu istilah, kamus, daftar ejaan dan lain-lain lagi. Terima kasih kerana menggunakan bahan terbitan DBP. | Lain-lain | 27.01.2008 |
Bagaimana sesuatu perkataan dan definisinya dipilih untuk disenaraikan dalam Kamus Dewan? Sekiranya terdapat kesalahan definisi atau sesuatu perkataan tidak lagi digunakan oleh pakar dalam sesuatu bidang, apakah cara untuk menambahbaik defini perkataan yang sedia ada? | Sekiranya Saudara ingin menambah baik definisi perkataan sedia ada dalam Kamus Dewan, Saudara boleh melayari laman Gerbang Kata DBP (ekamus.dbp.gov.my). Gerbang Kata DBP ialah portal yang menyediakan kemudahan kepada pelaayar internet untuk memberikan maklum balas serta masukan tambahan kepada Kamus Dewan. | Lain-lain | 08.09.2015 |
Saya masih lagi keliru, perkataan galakkan tidak disenaraikan di dalam Kamus Dewan Edisi Empat.Adakah Kamus Dewan itu tidak lengkap dan boleh dipertikaikan penggunaannya.Terdapat juga pandangan yang mengatakan " galakkan" hanya boleh digunakan dalam cakap ajuk sahaja.Tolong beri penerangan lanjut saya keliru. | Ejaan yang betul ialah galakan, kata terbitan galakkan tidak ada kecuali menggalakkan. Tidak ada panduan yang mengatakan kata galakkan boleh digunakan dalam cakap ajuk. | Ejaan | 22.09.2008 |