Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disengajakan

Peribahasa

Mendapat badar tertimbakan.

Bermaksud :

Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepasin dapat bersiang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Backmasking ialah teknik rakaman di mana mesej dirakam ke belakang pada trek yang dimaksudkan untuk dimainkan ke hadapan. Backmasking adalah proses yang disengajakan, manakala mesej yang ditemui melalui pembalikan fonetik mungkin tidak disengajakan. Jadi apa istilah sesuai untuk "Backmasking"?Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

backmasking - bunyi balikan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain17.02.2022
Tuan, harap dapat nyatakan bila berlakunya KESILAPAN BAHASA dan KESALAHAN BAHASA? Bagaimana pula KESILAPAN ATAU KESALAHAN TINGKAH LAKU?Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, makna kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Contoh Ayat: Kalau saya tidak silap, umurnya baru 30 tahun. Kesalahan pula ditakrifkan sebagai perihal salah, iaitu tidak benar, tidak betul, tidak tepat, tidak baik, tidak layak atau perbuatan yang menyalahi hukum. Oleh itu, kesilapan bahasa bermaksud kesalahan yang tidak disengajakan, manakala kesalahan bahasa pula dimaksudkan sebagai tidak tepat atau tidak betul. Kesalahan tingkah laku, iaitu perbuatan yang menyalahi hukum.Tatabahasa12.06.2010
Apakah perbezaan antara salah dan silap?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, salah bermaksud tidak benar atau tidak betul. Contoh ayat, Dia tidak boleh membezakan antara yang salah dan benar manakala silap pula bermaksud salah yang tidak disengajakan. Contoh ayat, Kalau saya tidak silap, semalam dia ada datang ke mari.Lain-lain14.08.2021
Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?)Struktur ayat "Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah" tidak sesuai maknanya, kerana pisau yang tajam tidak perlu diasah kecualilah perbuatan itu disengajakan untuk menajamkan lagi pisau. Tatabahasa23.06.2009
Salam sejahtera, Adakah 'Poka-yoke' sesuai digunakan seadanya atau terdapat terjemahan bagi terma ini? Maksud: Poka-yoke is a Japanese term that means "mistake-proofing" or "inadvertent error prevention" Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Poka-yoke Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk poka-yoke ialah mencegah kesilapan yang tidak disengajakan dan ditulis seperti yang berikut:

mencegah kesilapan yang tidak disengajakan (poka-yoke)
Penyemakan dan penterjemahan17.02.2018
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ATAUPUN (B)kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Apakah perbezaan antara KESILAPAN dengan KESALAHAN?Kedua-dua ayat (A) dan (B) betul. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna silap ialah tidak salah, tidak disengajakan; manakala makna salah ialah tidak benar, tidak betul. Kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Kesalahan dimaksudkan sebagai tidak benar, tidak tepat, tidak betul, menyalahi hukum. Makna10.06.2011
Yang berikut merupakan jawapan yang diperoleh daripada pihak tuan: "Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian", "oleh" ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama "hal"." Soalan saya: Mengapakah perkataan "Oleh" merupakan kata nama dan bukannya kata lain? Adakah disalahnyatakan?Perkataan "oleh" merupakan "kata sendi". Mengikut Hukum Tatabahasa Bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat, ia akan diikuti dengan kata nama. Berdasarkan keterangan tuan, jawapan yang diberikan "oleh" sebagai "kata nama" adalah salah. Kesalahan ini tidak disengajakan. Maaf atas segala kesulitan.Tatabahasa18.10.2014
Pertanyaan kali pertama: Yang berikut merupakan jawapan yang diperoleh daripada pihak tuan: "Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian", "oleh" ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama "hal"." Soalan saya: Mengapakah perkataan "Oleh" merupakan kata nama dan bukannya kata lain? Adakah disalahnyatakan? Jawapannya: Perkataan "oleh" merupakan "kata sendi". Mengikut Hukum Tatabahasa Bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat, ia akan diikuti dengan kata nama. Berdasarkan keterangan tuan, jawapan yang diberikan "oleh" sebagai "kata nama" adalah salah. Kesalahan ini tidak disengajakan. Maaf atas segala kesulitan. Pertanyaan kali kedua: Yang manakah betul? Apakah sebabnya? 1. Oleh hal yang demikian 2. Oleh yang demikian Jawapannya: Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian" . "Oleh" ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama "hal". Namun, banyak penggunaan dalam wacana menggugurkan kata nama "hal" dan beranggapan kedua-dua frasa setara. Soalan kali ini: "Oleh" ialah kata nama? "Oleh" ialah kata sendi? (Konteks "Oleh hal yang demikian") Harapa pihak tuan dapat memberikan jawapan yang jelas mengenai soalan di atas. Hal ini demikian kerana setiap kali pertanyaan, jawapan pasti berbeza.Perkataan "oleh" merupakan "kata sendi nama". Mengikut Hukum Tatabahasa Bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat, ia akan diikuti dengan kata nama. Berdasarkan keterangan tuan, jawapan yang diberikan "oleh" sebagai "kata nama" adalah salah. Mungkin berlaku kesilapan penaipan di situ. Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian".Tatabahasa21.10.2014

Kembali ke atas