Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disengat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan.( belakang disengat perlu tambah `oleh`?)Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan. Ayat ini betul. Kata sendi nama oleh boleh digugurkan sekiranya kata kerja (disengat) diikuti pelaku (lipan) tanpa diselangi kata lain.Tatabahasa20.07.2020
"digigit" oleh tebuan? atau kita mesti menggunakan " disengat "Frasa yang betul ialah disengat tebuan. Istilah18.08.2009
1. yang mana satu betul: a) kaya raya / kaya-raya b) disengat / di sengat c) hubungkait / hubung kait 2. apa beza perkataan di bawah dan yang mana penggunaan yang betul? a) peha:paha b) pernyataan : penyataan1. Kaya-raya
2. Disengat
3. Hubung kait
4. Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari.
5. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089.
Ejaan06.08.2014
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul.  

1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan.

2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah.

3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh.

4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Tatabahasa07.07.2008
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari.
3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah.
5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man.
7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.
9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah.
10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga.
Tatabahasa13.05.2020

Kembali ke atas