Apakah perkataan BM bagi "disassemble" atau "dismantle"? Contohnya disassemble a tent or a table? Adakah perkataan menyahpasang sesuai bagi objek sebegini? Bagaimana pula dengan perkataan "tangible". Ertinya ciri fizikal yang dapat disentuh seperti "a tangible result like a new car" | Dalam bidang Komputer “disassemble” ialah “nyahhimpun”, dalam bidang geografi diberikan padanan “merungkas” iaitu merombak, membongkar, membuka dan mencabut. Dalam konteks khemah dan meja, istilah biasa digunakan sahaja yang digunakan, iaitu i “buka” khemah / “pasang” khemah. Perkataan “nyahpasang” tidak sesuai digunakan kerana awalan ‘nyah-‘ hanya untuk padanan “de-“ atau “un-“ dalam bahasa Inggeris. Perkataan “dismantle” boleh diberikan padanan “ketara” dalam konteks yang keputusan seperti dalam pertanyaan yang dikemukakan. | Istilah | 20.02.2014 |
Penggunaan perkataan 'perutusan'; Hanya untuk orang besar shaja? Bolehkah jika digunakan utk Guru Besar / PK? Contoh: Perutusan daripada Guru Besar/Perutusan daripada Penolong Kanan. Berikan alasan dan contoh. Sekian, terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, perutusan ialah kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim perutusan kepada Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yzng (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja perutusan idea bahkan nilai-nilai etos yang penting; 4. ucapan orang besar pada hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dalam perutusan tahun barunya. Perutusan boleh digunakan oleh guru besar dan penolong kanan kerana perkataan tersebut sinonim dengan amanat, pesanan. | Makna | 13.02.2013 |
Tuan/ Puan, Mohon pandangan pihak tuan/ puan, apakah terminologi yang bersesuaian untuk tajuk ucapan YAB Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dalam sesebuah penerbitan dokumen atau buku sama ada "Prakata", "Perutusan", "Kata Alu-aluan" atau lain-lain. Terima kasih. | Salam sejahtera, Berdasarkan data kami, prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah. Perutusan bermaksud 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya;. Kata alu-aluan bermaksud ucapan (katakata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);. Berdasarkan ini kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Prakata atau Kata Alu-aluan berdasarkan kesesuaian pihak tuan. Sekian. | Lain-lain | 03.08.2017 |
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ? | 1. Bena Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya. Bina Maksud bina ialah membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? 2. Colek Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb. Culik Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik. DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara. Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun". Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat. | Lain-lain | 07.10.2014 |