Mohon pandangan DBP, yang mana lebih tepat dan sesuai :- Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan langsung; ATAU Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan sama sekali; ATAU Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan sekalipun. Terima kasih. | Ayat "Hak syarikat apabila alat tidak diserahkan" sudah cukup lengkap, tidak perlu ditambah perkataan langsung, sama sekali atau sekalipun. | Lain-lain | 29.04.2014 |
Penggunaan perkataan perekodan: ... diserahkan kepadanya untuk tujuan perekodan data. | Perekodan bermaksud perbuatan atau hal merekodkan sesuatu, data dan sebagainya. Oleh itu frasa tersebut di atas, iaitu "untuk tujuan perekodan data" boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk "hand delivery" dan "hand delivered" yang maksudkan sesuatu yang diserahkan secara peribadi? | Kami mencadangkan padanan ‘serahan tangan’ untuk istilah bahasa Inggeris ‘hand delivery’. Istilah ‘serahan tangan’ juga telah digunakan dalam industri pos untuk merujuk pada penghantaran dokumen atau barang terus tangan si penerima atau wakil. | Istilah | 22.08.2017 |
Assalamualaikum Tuan Uzair Sukacitalah kiranya jika saya dapat mengetahui status Panduan Asas E-Dagang seperti yang telah diserahkan kepada pihak tuan. Sehingga hari ini kami masih belum mendapat sebarang khabar mengenai perkara diatas. Perhatian dan kerjasama tuan amatlah kami hargai. Wasalam. Bil No Rujukan Tahun Terima Tarikh Daftar Judul Status Tarikh Status Terkini Penulis Maklumat Editor 1 452 2015 03/07/2015 PANDUAN ASAS E-DAGANG PEMBINAAN 03/07/2015 NUR ALIYAH BINTI AZIZI MOHD 'UDZAIR BIN DEPANAIK udzair@dbp.gov.my 03-21479741 Untuk makluman, saya adalah penulis bersama dengan Puan Nur Aliyah Azizi. Harpa maklum. Terima kasih | W'salam. Dengan hormatnya pertanyaan tuan dirujuk. Saya berikan nombor telefon En Uzair 03-2147 9741 bagi tuan berhubung terus dengannya bagi bertanyaakan tentang perkembangan mansukrip tuan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.10.2016 |
Saya ingin tahu padanan BM untuk 'deliverables' yang b ermaksud perkara-perkara [produk, perkhidmatan, prosedur, sistem,...] yang patut disiapkan / diserahkan pada tarikh yang ditetapkan. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "deliverables" ialah bahan boleh serah atau produk boleh serah. | Istilah | 13.06.2016 |
Bolehkah kata sendi nama "kepada" terletak di awal ayat? Terima kasih. | Kata sendi nama boleh hadir pada awal ayat, seperti Kepada Ahmad surat itu diserahkan. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
saya ingin tahu sama ada dewan bahasa menerima penyelidikan untuk diterbitkan. | Assalamualaikum, Semua bahan yang diserahkan ke DBP boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan ataupun tidak. Ini bergantung pada kekuatan isi kandungan bahan yang diserahkan itu tidak kira ia berbentuk penyelidikan atau penulisan biasa berdasarkan sesuatu bidang. Pihak kami akan meneliti dan membuat penilaian awal ke atas bahan tersebut atau kami akan serahkan bahan tersebut kepada penilai pakar untuk menilainya (jika perlu). Sekiranya boleh diterbitkan tetapi perlukan rombakan atau penambahbaikan, maka judul tersebut haruslah dibuat pembetulan oleh penulisnya. Sekiranya tidak sesuai, maka judul tersebut boleh ditolak oleh kami. Semoga maklumat yang diberikan membantu saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 09.03.2010 |
Tuan/Puan, Saya ingin menyertakan visual papan tanda (signboard) bagi syarikat kami supaya mendapat pengesahan dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan dari pahik DBP. Sekiranya, pengesahan pihak Tuan/Puan diluluskan, adakah akan saya dapat sijil untuk diserahkan kepada pibak Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Terima Kasih. Lai HP: 017-886 7430 | Perkataan yang digunakan dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", penggunaan bahasa yang betul dalam iklan akan disahkan, dan tuan boleh mencetak sijil pengesahan dan mengemukakannya kepada pihak MBPJ. | Lain-lain | 06.11.2014 |
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA MENULIS NOVEL SAINS ANGKASA 2013/2014 DAN PELANCARAN SAYEMBARA MENULIS KARYA KREATIF 2015 Khalid Al Walid Adakah novel yang menang akan diterbitkan oleh DBP? | Untuk makluman, semua novel dan bahan karya lain yang menang dalam kedua-dua sayembara akan diserahkan kepada Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP untuk diterbitkan | Lain-lain | 17.12.2014 |
APAKAH KEPENTINGAN PENYUNTINGAN DALAM PROSES PENULISAN? | Penyuntingan dalam penulisan merupakan satu peringkat yang penting kerana melalui cara ini sebarang kelemahan penulisan dari segi bahasa, fakta, kesinambungan idea, kesepaduan, keselaran dapat dikesan dan seterusnya diperbaiki. Penulis perlu mahir dalam aspek penyuntingan kerana apabila manuskrip diserahkan kepada penerbit, urusan penerbitan akan lebih cepat. | Lain-lain | 26.07.2006 |