Selamat sejahtera, Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya/baginda (-nya/baginda) diserang hendap oleh musuh. Yang mana satu betul Terima kasih. | Kedua-duanya betul. Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya diserang hendap oleh musuh. dan Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tentera baginda diserang hendap oleh musuh. | Tatabahasa | 18.12.2023 |
Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah "riuh-rendah"? saya berpendapat kesalahan di atas ialah "oleh". yang manakah benar dan perkataan yang sepatut digunakan. terima kasih | Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. - Riuh-rendah bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk, manakala kata oleh boleh membawa maksud dengan. Oleh itu tiada kesalahan pada kata riuh-rendah atau oleh. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Memaparkan seorang detektif muda telah diserang hendap dan berada dalam keadaan tenat. Pihak musuh percaya detektif tersebut telah berjaya dibunuh. Sebaliknya beliau telah diselamatkan dan menggunakan identiti baru setelah membuat pembedahan plastik. Beliau diarah meneruskan tugasnya mencari penjenayah di samping pada waktu yang sama menuntut keadilan. Untuk melaksanakan tugasnya secara lebih berkesan, beliau telah dibekalkan dengan sebuah kereta canggih yang digelar KITT. Kereta canggih ini mempunyai perisai setara dengan kereta kebal dan mampu memecut 300 batu sejam. Tambahan pula, kereta canggih ini juga dibekalkan dengan personaliti komputer kecerdasan dan berfungsi sebagai seorang pembantu. Detektif yang bersemangat waja ini meneruskan misi buruan penjenayah dengan kereta canggih ini. Akhirnya pemuda ini berjaya menangkap penjenayah dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa. | Soalan tidak jelas. Sila nyatakan dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu tuan dalam hal ini. | Tatabahasa | 28.01.2022 |
tuan habis pokok kari emak diserang benar. (tuan, benar wajar digantikan dengan apa perkataan. TQ) | Gantikan benar dengan kata/istilah lain yang menjadi penyerang pokok tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Kekeringan tubuh badannya membuatkan dia sering diserang penyakit angin ahmar yang mengakibatkan anggotanya lumpuh. munsyi, adakah ayat ini gramatis? TQ | Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Adakah kedua-dua ayat di bawah betul? 1. Hamidi memberitahu yang dia akan meletakkan jawatan di syarikat itu pada bulan hadapan. 2. Ayam-ayam peliharaan Abang Nordin kelihatan teramat lesu sejak diserang penyakit. Terima kasih. | Ayat pertama betul. Bagi ayat kedua yang betul ialah: Ayam-ayam peliharaan Abang Nordin kelihatan teramat letih atau lemah sejak diserang penyakit. | Tatabahasa | 11.06.2008 |
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1) Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. 2) Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam. 3) Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat. 4) Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih. | Keempat-empat ayat tersebut betul: 1. Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. 2. Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam. 3. Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat. 4. Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. | Tatabahasa | 16.02.2022 |
Apakah kesalahan ayat berikut? Ayam-ayam peliharaan Abang Nordin kelihatan teramat lesu sejak diserang penyakit. Hamidi memberitahu yang dia akan meletak jawatan di syarikat itu pada bulan depan. | Bagi ayat pertama perkataan lemah atau letih lebih sesuai digunakan untuk binatang. ayat kedua pula yang betul ialah meletakkan jawatan. | Tatabahasa | 12.06.2008 |
Dalam buku berbahasa Melayu, bagaimana kita menulis nama penyakit ataupun virus yang ada nama saintifik. Contohnya: a)Kanak-kanak itu diserang oleh virus Rotavirus. Perlukah menggunakan huruf besar atau dicondongkan? | Istilah rotavirus dieja dengan huruf kecil. | Istilah | 27.02.2012 |
apakah maksud armadilo? | Armadilo ialah sejenis binatang kecil daripada famili Dasypodidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang. Binatang ini biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika. | Makna | 10.04.2008 |