Saya merupakan pelajar Master yang sedang menulis disertasi. Saya memerlukan panduan transliterasi perkataan Arab ke Rumi. Boleh saya dapatkan panduan transliterasi tersebut sebagai panduan saya untuk penulisan disertasi saya? | Untuk makluman DBP telah menerbitkan buku Pedoman Transliterasi Perkataan Arab Ke Ejaan Rumi Edisi Kedua terbitan tahun 2008. Buku ini boleh dibeli di Kedai Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain. | Lain-lain | 12.01.2011 |
Saya sedang menyiapkan disertasi bagi program DBA dalam bahasa Malaysia. Sukacita jika dapat dinasihatkan istilah yang sesuai bagi: 1) investee company; 2) deal origination; 3) business venture; 4) asymmetry(ic) information; 5) venture capital firm. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. syarikat penerima pelaburan 2. pengasalan urus janji 3. usaha niaga 4. maklumat asimetri 5. firma modal urus niaga. | Istilah | 24.03.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan esei dan karangan... | Esei bermaksud karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk. Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus DEwan Edisi Keempat. Harap mkalum. | Makna | 03.07.2008 |
contoh ayat yang menggunakan perkataan di bwh utk menunjukkan mksud perkataan tersebut & kaitknnya dgn paradigmatik, sintagmatik, kebudayaan & hipotesis sapir whorf. (ibu, sastera, pendeta, putera, baju) | Soalan sdr terllalu luas bidangnya. Perlu disempitkan dan soalan tersebut lebih berbentuk ilmiah. Kalau hendak dibincangkan hipotesis sapir whorf, kami berpendapat lebih baik sdr merujuk buku atau tulisan yg membicarakan hipotesis tersebut. Untuk itu sdr hendaklah melihat tesis atau disertasi yg pernah ditulis oleh orang lain yg menyentuh persoalan tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 12.09.2008 |