| Dibuka untuk disewa ATAU Dibuka untuk sewaan ? | cadangan kami : Dibuka untuk penyewaan | Tatabahasa | 29.07.2008 |
| TANAH PERINDUSTRIAN UNTUK DIJUAL/DISEWA Industrial Land for Sale (BESIDE BILLION SUPERMARKET, BANDAR SRI ISKANDAR) Mr Sella:019-4334864 Ms Michelle:016-5205271 | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.07.2015 |
| Penggunaan UNIT atau Premis Komersial Untuk Disewa | Kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 15.04.2019 |
| 1. Semasa menulis karangan berbentuk catatan bolehkah kita tulis seperti di bawah : Rabu, 21 Maac 2020 8.00 pagi Kami bertolak ke destinasi dengan bas yang disewa khas. 9.00 pagi Selepas sejam, kami pun tiba di destinas. Persoalannya, bolehkah kita gunakan 'selepas , kemudian, seterusnya dll' untuk memulakan ayat seperti di atas. 2. Bolehkah perkataan dengan wujud dua kali dalam satu ayat ? Contohnya : Adik bermain dengan kucingnya yang comel dengan gembira. 3. Adakah penggunaan perkataan 'meningkatkan' dalam ayat berikut betul ? Adik rajin belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Sekian, terima kasih | Saudara, 1. Penggunaan penanda wacana seperti selepas itu, selain itu, seterusnya boleh digunakan dalam karangan jenis laporan. 2. Digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan kata hubung dalam sesebuah perkataan. Sebagai contoh, Adik gembira bermain dengan kucingnya yang comel. 3. Mengikut data kami, ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 31.03.2020 |
| Tuan/Puan, Kami minta pertolongan anda untuk menyemak ejaan dan aturan ayat untuk banner kami. Banner ini singkat saja, kami hanya ingin memberitahu orang ramai yang bangunan kami untuk disewa. (lampir bersama sample banner untuk rujukan and approval DBP) Sekian Terima Kasih. Helen | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 15.05.2014 |
| apa makna perkataan catar ? Perkataan catar tidak terdapat dalam Kamus Dewan tetapi acap digunakan seperti bas catar. | Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, chartered diterjemahkaan sebagai dicater (disewa). Contoh: Chartered freight - tambang-muatan cater (istilah undang-undang). Chartered bus. Bas yang dicater. | Makna | 09.05.2011 |
| Penggunaan laras & gaya bahasa ayat berikut adakah sesuai atau tidak?. DENGKIL BAZAR. DI BUKA RUANG UTK DI SEWA SEKARANG. | Yang betul ialah: BAZAR DENGKIL RUANG UNTUK DISEWA (Pembaca maklum bahawa kini ruang itu dibuka, apatah lagi jika ada perkataan SILA HUBUNGI:........) | Tatabahasa | 27.04.2011 |
| Salam sejahtera. Boleh terangkan perbezaan sewaan dan pajakan? | Perbezaan antara sewaan dengan pajakan ialah: - sewaan merujuk kepada sesuatu, misalnya bilik, kereta dan sebagainya yang disewa;
- pajakan ialah kontrak bertulis yang membenarkan seseorang menggunakan sesuatu aset seperti bangunan atau tanah bagi tempoh tertentu dengan bayaran berkala yang dipersetujui oleh pihak yang memajak dan pihak yang memberi pajak
| Makna | 05.09.2023 |